Melaka sumbang lebih RM200,000 kepada Palestin

Masa Membaca:53 Saat

AYER MOLEK 4 November – Melaka menyumbang lebih RM200,000 kepada Palestin, kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Beliau berkata kesemua sumbangan tersebut adalah menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan sumbangan orang ramai.

Katanya, kesemua sumbangan itu akan diserahkan kepada Tabung Musaadah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Mengikut pecahan, MAIM menyumbang sebanyak RM100,000 manakala sumbangan daripada orang ramai diserahkan dahulu sebanyak RM53,000, di mana sumbangan ini merupakan sedekah ke tabung-tabung masjid di negeri ini.

 

“Selain itu, terdapat baki hampir RM70,000 lagi sumbangan orang ramai yang belum diserahkan oleh pengerusi masjid, susulan masjid-masjid ini menghadapi kelewatan untuk menukar sumbangan terbabit kepada cek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri penutup Program Ziarah Kasih Rahmah 2023 (ZIKIR ’23) Peringkat Zon Selatan sempena Sambutan Bulan Wakaf Melaka di Masjid As-Salimin, Kandang, di sini, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3733
Kongsi :
Previous post ZIKIR ’23 ‘merakyatkan’ masjid
Next post 200 anak muda berkonvoi tanda solidariti untuk Palestin
Ubah saiz-+=