
Melaka tuan rumah Hari Belia Negara 2024
JASIN 18 Mei – Melaka bersedia menjadi tuan rumah bagi penganjuran Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan pada 25 Mei ini di Dataran Pahlawan, Banda Hilir.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pemilihan Melaka sebagai tuan rumah adalah pengiktirafan besar kepada Kerajaan Negeri.
Katanya, ia sekali gus mengangkat martabat
Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka untuk menganjurkan acara besar di peringkat kebangsaan.
“Melaka telah bersedia menjadi tuan rumah dengan semua infrastruktur dan prasarana yang terbaik.
“Ini menunjukkan bahawa pengurusan keremajaan rakyat Melaka melalui persidangan belia mampu menarik minat di peringkat persekutuan,” katanya.
Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Saleh; Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, V.P. Shanmugam; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TYT HAYATI MAGIS CINTA QAIS DAN LAILA DI PANGGUNG BANGSAWAN
BANDARAYA MELAKA 25 Julai - Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyaksikan pementasan...
ZOO MELAKA, PPSPM LANCAR BOT HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 25 Julai - Zoo Melaka terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM)...
WRUR PANTAI KUNDOR: KES DENGGI MELAKA TURUN 45.5 PERATUS, SIFAR KEMATIAN
PANTAI KUNDOR 25 Julai - Melaka merekodkan penurunan 45.51 peratus kes demam denggi bagi tempoh sehingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-28...
1,000 NELAYAN MELAKA TERIMA ALAT PENGESAN IKAN BERMULA HUJUNG OGOS
AYER KEROH 25 Julai - Kira-kira 1,000 nelayan berdaftar di Melaka dijangka menerima peranti Global Positioning System (GPS) dan alat...
CIKO, ZANA DAN PIA JADI DUTA KONSERVASI HARIMAU MALAYA ZOO MELAKA
AYER KEROH 25 Julai - Tiga Harimau Malaya yang menghuni Zoo Melaka iaitu Chiko, Zana dan Pia terus memainkan peranan...
BANJIR: SKUAD TOK RAUF GERAKKAN BANTUAN SEGERA, AGIH 2,000 PEK MAKANAN
PENGKALAN BATU 25 Julai - Skuad Tok Rauf menggerakkan misi bantuan segera dengan mengagihkan 2,000 pek makanan bermasak kepada mangsa...
