Melaka tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI ke-119

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BUKIT BARU 6 April. – Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) kali ke-119 yang akan diadakan di negeri ini bermula 7 hingga 9 April ini akan membincangkan secara eksklusif program keagamaan di peringkat persekutuan dan negeri.

Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, mesyuarat itu bakal menghimpunkan 22 ahli termasuk 14 mufti seluruh negara dan enam ahli yang dilantik Majlis Raja-Raja, ulama serta pakar dari perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Khas MKI (Datuk Wan Zahidi Wan Teh) turut hadir pada mesyuarat itu.

“Selain itu, semua mufti di setiap negeri termasuk dua daripada mereka hadir secara maya iaitu Mufti Kedah dan Mufti Sarawak berikutan kekangan rentas negeri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelbagai aktiviti lain turut dijalankan sepanjang tiga hari penganjuran termasuk Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang akan dihadiri tetamu kenamaan.

“Forum Perdana secara ‘grand’ akan diadakan pada Khamis ini yang akan berlintas langsung secara di TV1 pada jam 8 malam, disertai oleh 14 panel termasuk Yang Berhormat Datuk Dr Zulkifli.

“Forum berkenaan akan membincangkan isu yang luas mengenai isu semasa untuk kepentingan masyarakat Islam di negara ini.

“Turut diadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1042
Kongsi :
Previous post Pekerja kilang warga Nepal ditemui mati tergantung
Next post Malaysia teruskan penggunaan vaksin COVID-19 AstraZeneca
Ubah saiz-+=