Membaca 10 minit setiap hari, jadikan amalan

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BUKIT BARU 18 Mei – Amalan membaca sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari perlu dijadikan sebagai satu budaya dalam usaha untuk membentuk masyarakat berilmu.

Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Rosli Abdullah berharap budaya itu diamalkan di setiap agensi dan kumpulan masyarakat.

“Tempoh 10 minit tidak lama, namun jika dijadikan gaya hidup seharian banyak manfaat bakal diperoleh orang yang membaca.

“Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Melaka (Perpustam) akan merencana pelbagai lagi program bagi memastikan amalan ini diperluaskan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) pada Majlis Perasmian Jom Membaca Bersama Untuk 10 Minit di Perpustakaan Awam Melaka, di sini, hari ini.

photo1684394651
TIMBALAN Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama merangkap Pengerusi PERPUSTAM, Rosli Abdullah (dua dari kiri) menandatangani plak perasmian pada Majlis Perasmian Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru, Melaka. Turut serta Pengarah PERPUSTAM, Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris (kiri). Foto: MR. AZLI

Hadir sama, Pengarah Perpustam, Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris.

Sementara itu, Mohammed Aizammuddy berkata, bagi melestarikan amalan membaca dalam kalangan rakyat di negeri ini pelbagai program membabitkan pelajar dan komuniti setempat dijalankan pihaknya.

Mohammed Aizammuddy berkata, bagi meluaskan lagi capaian ilmu pihaknya menggerakkan empat perpustakaan bergerak ke seluruh negeri dengan taman perumahan dan sekolah menjadi persinggahan.

“Malah pelbagai karnival dan aktiviti direncana sepanjang tahun bagi menarik minat orang ramai membaca, ini termasuk menganjurkan pelbagai pertandingan.

“Ogos ini kami anjurkan Karnival Gerakkan Membaca yang bersifat serampang dua mata. Selain meningkatkan pengetahuan menerusi membaca program itu juga menjentik semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1090
Kongsi :
Previous post Perpustakaan jadi rumah kedua Ahmad Talhah
Next post TMM2024: Penyelenggaraan jalan mampu capai 80 peratus
Ubah saiz-+=