Sorting by

×

MENARA TAMING SARI PERKENAL PAKEJ ‘MELAKA WORLD HERITAGE NIGHT VIEW’

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BANDA HILIR 10 Mei – Menara Taming Sari telah memperkenalkan satu pakej baharu yang diberi nama ‘Melaka World Heritage Night View’ dengan membolehkan pengunjung melihat keindahan suasana Bandar Warisan Dunia pada waktu malam.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) Nur Azan Hassan berkata, pakej baharu itu bermula pada 9 Mei (semalam), di mana ia merupakan kesinambungan daripada pakej Sunset View yang diperkenalkan pada Januari lalu.

Beliau berkata, pakej terbaharu itu menambahkan lagi kepelbagaian di menara berputar ikonik Melaka itu dan dijangka akan menerima sambutan hebat bermula jam 8 malam sehingga lewat malam.

“Jika sebelum ini pakej pemandangan senjakala melihat matahari terbenam dijual bermula jam 6 petang, untuk pakej baharu ini kita tawarkan bermula jam 8 malam.

“Menerusi pakej baharu ini, pengunjung berpeluang melihat panorama Bandaraya Melaka yang penuh cahaya dan berwarna-warni di tapak warisan dunia pada ketinggian 80 meter,” katanya kepada Melaka Hari Ini di Perkarangan Menara Taming Sari, di sini, semalam.

Whatsapp image 2025 05 09 at 20.44.30
NUR AZAN

Mengulas lanjut, Nur Azan berkata pakej baharu tersebut ditawarkan setiap hari dengan harga RM25 untuk warganegara dewasa; RM20 (kanak-kanak); RM16 (warga emas) dan RM15 (orang kurang upaya).

“Harga ini hanya berubah menjadi RM10 pada Program Bila Larut Malam sahaja iaitu pada Sabtu minggu pertama setiap bulan dengan pembelian lima tiket menjadi RM40 sahaja, di mana satu lagi tiket kita beri percuma.

“Penawaran pakej baharu ini berupaya memberikan satu nilai tambah kepada Menara Taming Sari untuk memberikan keselesaan dan pengalaman menarik buat pengunjung,” katanya.

Whatsapp image 2025 05 09 at 20.44.07
PAKEJ terbaharu Melaka World Heritage Night View di Menara Taming Sari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

567
Kongsi :
Previous post LEBIH 500 PENIAGA, PENGAYUH BECA BANDA HILIR BERALIH KEPADA ‘CASHLESS’
Next post KES HFMD DI TASKA MELAKA TERKAWAL