Mercu baharu Lendu bakal lahirkan ramai cendekiawan Islam

Masa Membaca:2 Minit, 7 Saat

LENDU 3 April. – Pembinaan Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Ulum Musthafawiyah Raissiyah bukan saja menjadi mercu baharu di sini, malah diyakini mampu melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, madrasah terletak di Batu 17, Jalan Ayer Hitam itu mampu mengangkat syiar Islam dengan melahirkan pelajar al- hafiz dan iman dalam kalangan pelapis muda.

Katanya, bangunan madrasah tiga tingkat dibina di tapak berkeluasan 0.2 hektar itu akan dilengkapi dengan kemudahan asrama, bilik pengajian, dewan surau serta pelbagai lagi.

SULAIMAN… Madrasah Musthafawiyah Raissiyah mampu mengangkat syiar Islam dengan melahirkan pelajar al- hafiz dan iman dalam kalangan pelapis muda.

“Semua anak-anak di negeri ini khususnya dalam kawasan Lendu perlu merebut peluang ini sebagai tanggungjawab dalam mendalami ilmu al-Quran supaya wujudnya generasi pelapis pada masa akan datang.

“Madrasah ini dibina dengan kos RM1.3 juta dan dijadualkan siap dalam tempoh dua dengan kapasiti 50 orang pelajar dan akan dibimbing tenaga pengajar yang mahir dalam ilmu agama Islam.

“Selain itu, kita menyeru kepada orang ramai untuk bersama menginfaqkan derma bagi tujuan penyediaan bahan yang diperlukan untuk menubuhkan madrasah ini,” katanya.

SULAIMAN melihat pelan cadangan pembinaan Madrasah Musthafawiyah Raissiyah.

Beliau ditemui Melaka Hari Ini selepas Majlis Perasmian Menanam Cerucuk Pembinaan Madrasah Tahfiz Al-Quran Wal Ulum Musthafawiyah Raissiyah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agam Islam Melaka (JAIM), Datuk Md Azhan Samat dan pengasas madrasah itu, Al Mudir Mustapha Mohamed.

Sulaiman turut menyalurkan sumbangan peribadi RM10,000 kepada madrasah terbabit.

Sementara itu Mustapha berkata, beliau bersyukur kerana madrasah yang dirancang di atas tanah yang diwakafnya sendiri mampu dibangunkam dengan sumbangan orang ramai.

Ujarnya, pihaknya mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi menjayakan misi membangunkan syiar Islam dalam kalangan generasi muda di negeri ini.

“Terima kasih kepada ketua menteri di atas sokongan dalam membangunkan madrasah ini dan tidak lupa kepada JAIM yang turut bersama bagi mencapai hasrat yang dicita-citakan.

SULAIMAN dan hadirin mengaminkan doa sempena majlis pecah tanah pembinaan madrasah terbabit.

“Insya-Allah kesemua pelajar yang ditempatkan di sekolah ini nanti bakal dibimbing sebaiknya untuk menjadi al- hafiz dan al – iman oleh tenaga pengajar tempatan dan dari Indonesia,” katanya.

Katanya, semua pelajar akan mengikuti pengajian sekurang kurangnya empat tahun di madrasah itu bagi mendalami pelbagai ilmu agama termasuk tahfiz al-Quran dan Ulum iaitu ilmu-ilmu berkaitan Islamiah (berdakwah),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1462
Kongsi :
Previous post MIC diminta utamakan politik perpaduan, bukan pecah belah
Next post Gajah liar ‘naik minyak’, pijak mati lembu dan musnahkan tanaman
Ubah saiz-+=