
Mesej tular sindiket culik dan jual organ adalah palsu – Polis
KUALA LUMPUR, 7 Feb- Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan mengeluarkan amaran kepada rakyat Malaysia berhubung satu sindiket penculikan yang menyasarkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun bagi mendapatkan organ tertentu untuk dijual.
Supt Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Supt A. Skandaguru berkata hasil semakan mendapati mesej yang tular di media sosial itu mendakwa sindiket terlibat menggunakan kereta Proton Wira dan sebuah van putih bagi menjalankan aktiviti dan telah tular sejak 2016 sebelum kembali diulang siar.
“PDRM mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kes penculikan dan pernjualan organ manusia seperti yang didakwa … Tiada sebarang amaran sedemikian pernah dikeluarkan oleh pihak Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya PDRM juga menafikan pernah mengeluarkan amaran menerusi ‘Gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Bukit Aman’ seperti didakwa oleh sindiket yang turut menyenaraikan harga organ manusia seperti jantung, hati, paru-paru, buah pinggang serta mata dalam mesej yang ditularkan itu.
Sementara itu, A. Skandaguru menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mempercayai berita-berita yang tidak berasas serta tidak sahih selain mengelak berkongsi atau menyebar berita palsu kerana ia boleh menimbulkan kegusaran awam.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK RAUF TEKAD PERTAHAN MARUAH BANGSA, WARISAN PERJUANGAN UMNO DITERUSKAN
TANJUNG BIDARA 3 November - Perjuangan membela nasib dan mempertahankan maruah bangsa perlu diteruskan demi memastikan generasi akan datang tidak...
PRN MELAKA: ‘ALONG’ MAHU SEDIA TANDAS SELESA UNTUK 24 RUMAH ORANG ASLI
ASAHAN 2 November - Keperluan kediaman lebih selesa, kemudahan tandas yang selamat serta isu kepadatan penghuni dalam sesebuah rumah antara...
MAIM AJAK ORANG RAMAI REBUT PELUANG SAHAM WAKAF PEMBINAAN MASJID PULAU BESAR
AYER KEROH 2 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengajak orang ramai merebut peluang menyertai Saham Wakaf Pembinaan Masjid...
PRN MELAKA: AB RAUF LIHAT MELAKA LANDASAN KEBANGKITAN BN KE PUTRAJAYA
TANJUNG BIDARA 2 November - Kestabilan politik di Melaka mahu dijadikan model pentadbiran Barisan Nasional (BN) untuk diperluaskan ke peringkat...
PRN MELAKA: OBOR PERJUANGAN VETERAN MUBARAK TERUS MENYALA
TANJUNG BIDARA 2 November - Usia bukan penghalang kepada barisan veteran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) untuk terus menyumbang...
PRN MELAKA: AB RAUF BONGKAR RAHSIA TERSIRAT BENDERA UMNO
TANJUNG BIDARA 2 November - Bendera UMNO bukan sekadar lambang parti, sebaliknya mempunyai makna dan tafsiran sejarah yang dikaitkan dengan...
