Mesyuarat kedua MPN bincang keperluan buka semula sektor perniagaan

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Mesyuarat Kedua Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang diadakan hari ini antara lain membincangkan keperluan sektor perniagaan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana(PKS) dibuka semula dengan prosedur operasi standard yang ketat.

Mesyuarat secara maya dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan turut membincangkan dengan terperinci dan mengambil kira pelbagai data dan pandangan pakar-pakar kesihatan dan ekonomi berhubung kadar vaksinasi termasuk status vaksinasi individu dan kapasiti Unit Rawatan Rapi.

 

TAN SRI MUHYIDDIN ketika mempengerusikan Mesyuarat Kedua Majlis Pemulihan Negara secara maya. Foto – FB TSMY.

Menurut catatan di Facebook Muhyiddin, ahli-ahli MPN yang hadir ialah bekas Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan pakar penyakit berjangkit Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman.

Pakar lain termasuk bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad Tan Sri Azman Mokhtar, Presiden Persatuan PKS Malaysia Datuk Michael Kang, Prof Madya Dr Sivakumar Thurairajasingam daripada Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan Jeffrey Cheah, Monash University dan aktivis hak asasi kanak-kanak Datuk Dr Hartini Zainuddin.

Selain itu, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Habibah Abdul Rahim dan Penasihat Kumpulan Media Star Datuk Seri Wong Chun Wai.

“Diharapkan agar apa yang dibincang dan disyorkan dalam MPN akan dapat membantu kerajaan dalam memastikan Pelan Pemulihan Negara dapat dijayakan dengan selamat, teratur dan inklusif untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia,” menurut catatan berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

368
Kongsi :
Previous post COVID: 491 kes, 1 kluster baharu di Melaka
Next post KKM kesan 85 kes positif COVID-19 babitkan Mesyuarat Khas Parlimen
Ubah saiz-+=