MIBC HARGAI WARGA KERJA, PERKUKUH JARINGAN PERNIAGAAN

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 10 Ogos – Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) komited memperkukuh jaringan kerjasama dan membuka lebih banyak peluang kepada komuniti perniagaan, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi negeri.

Pengerusi MIBC Datuk Wira Zainal Abu berkata, usaha itu penting bagi memastikan jaringan yang dibina bersama warga kerja, ahli lembaga pengarah dan rakan strategik terus berkembang serta memberi manfaat kepada komuniti perniagaan.

“Saya amat menghargai komitmen seluruh warga kerja dan rakan strategik yang sentiasa memberi kerjasama dalam memastikan setiap inisiatif MIBC dapat dilaksanakan dengan baik.

“Sudah tentu segala usaha yang dilaksanakan bersama ini akan memberi impak positif kepada organisasi ini sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi MIBC 2026 di sebuah hotel pada 6 Ogos lalu.

Hadir sama Pengurus Besar MIBC, Mohd Fasarul Md Isa dan barisan Ahli Lembaga Pengarah MIBC.

Menurut Zainal, sokongan dan komitmen warga kerja turut menjadi antara kekuatan MIBC dalam melaksanakan pelbagai inisiatif serta menjaga imej perniagaan syarikat.

“Justeru dengan adanya majlis apresiasi ia dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta menghargai sumbangan dan komitmen warga kerja yang bersama menjayakan inisiatif MIBC sepanjang tahun.

“Selain itu, majlis ini turut mencerminkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja dan rakan strategik yang sentiasa menyumbang kepada pengukuhan ekosistem komuniti perniagaan Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

421
Kongsi :
Previous post KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA BAWA PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA ‘HANDS-ON’