‘Mobile Thumbprint’ mudahkan pelanggan JPJ

Masa Membaca:48 Saat

BUKIT KATIL 1 Jun – Inisiatif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menggunakan sistem ‘Mobile Thumbprint’ bagi melakukan proses pertukaran hak milik kenderaan memudahkan pelanggan khususnya pesakit terlantar.

Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata, perkhidmatan itu mula diperkenalkan pada 2013 yang bertujuan memudahkan pelanggan seperti individu dirawat di hospital atau penghuni rumah kebajikan memerlukan bantuan pihaknya.

“Perkhidmatan itu dikendalikan kakitangan Bahagian Pendaftaran dan Perlesenan Kenderaan, menggunakan sistem ‘Mobile Thumbprint’ pelanggan tidak lagi perlu hadir ke kaunter untuk melakukan urusan.

“Kakitangan JPJ akan ke kediaman pelanggan atau jika sudah sampai ke pejabat kami, mereka tidak perlu keluar dari kenderaan kita menggunakan mesin pengimbas cap jari biometrik mudah alih,” katanya.

Muhammad Firdaus berkata, bagaimanapun waris atau ahli keluarga pelanggan perlu terlebih dahulu membuat pemohonan sebelum proses dilakukan.

Katanya, setakat Mei pihaknya menerima sembilan permohonan bagi perkhidmatan Mobile Thumbprint dan semua urusan diproses dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh hari mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2345
Kongsi :
Previous post Lelaki didakwa bunuh teman wanita hamil
Next post Lelaki cederakan bekas isteri kerana rebut anak bawa ke klinik didenda RM1,000
Ubah saiz-+=