MOF sokong wujud taman laut di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

UMBAI 21 Okt. – Kerajaan Persekutuan akan memberi sokongan mewujudkan taman laut di Melaka bagi mempelbagaikan sektor ekonomi di negeri ini.

Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, ia sekali gus menjadikan Melaka taman laut yang pertama di Selatan Pantai Barat selain mempunyai akses yang mudah.

“Taman laut ini majoritinya banyak di kawasan Pantai Timur, ini merupakan satu usaha kerajaan Negeri Melaka yang sudah pasti Kerajaan Persekutuan akan memberi sokongan mewujudkan sebuah taman laut di Melaka.

“Sudah pasti taman laut ini akan menjadi taman laut yang pertama di Selatan Pantai barat kita dengan akses yang agak mudah.

“Saya yakin ini akan meningkatkan hasil kepada negeri Melaka selain memakmurkan masyarakat di kawasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Jelajah Bajet 2022 Melaka di Jeti Pernu di sini, hari ini.

Jelasnya, langkah pembaharuan itu termasuk di bawah strategi fokus Bajet 2022 untuk mewujdukan satu hala tuju baharu dalam ekonomi.

“Melaka terkenal dengan pelancongan darat seperti A’Famosa, Asahan Waterfaall dan pelbagai sumbernya, tetapi bila dalam keadaan di bawah fasa pembaharuan, kita nak tumpukan kepada benda baharu.

“Kerajaan Persekutuan di bawah MoF kita nak lihat apakah jangkaan impak yang berlaku sekiranya dapat melaksanakan usaha ini nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

384
Kongsi :
Previous post Institusi pembiayaan jangan ambil masa lama bantu peniaga kecil
Next post Pelajar Malaysia paling lama tidak ke sekolah – Muhyiddin
Ubah saiz-+=