
Mohon bina tangki air baharu SMK Lubok China
AYER KEROH 21 Julai – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dalam proses merobohkan tangki air lama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China bagi memohon peruntukan khas membina tangki baharu sekolah itu.
Pengerusi Jawatankuasa Negeri Di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan Pengajian Tinggi Teknikal & Vokasional Sains dan Inovasi) negeri Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, pembinaan tangki baharu itu memerlukan kos kira-kira RM500,000.
Menurutnya, jumlah itu berdasarkan kos awalan yang dibuat Jabatan Kerja Raya (JKR) dan peruntukan RM100,000 yang disalurkan sebelum ini tidak dapat menampung kos pembinaan tangki baharu tersebut.
“Peruntukan RM100,000 itu bagi kerja membaik pulih dan menyelenggara fasiliti asrama meliputi kerja penggantian tingkap, pintu, mengecat bilik asrama.
“Selain membaik pulih sistem kumbahan, bumbung dan gutter, membaik pulih pagar dan pembaikan tangki air di bangunan asrama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Amiruddin Yusof (BN-Ayer Limau) mengenai pembinaan tangki air baharu SMK Lubok China pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
DARI ALOR GAJAH, LAHIRNYA LEGASI SOS KUIH UDANG
ALOR GAJAH 17 Oktober - Bermula daripada permintaan pelanggan yang mahukan sos tambahan ketika menikmati kuih udang, resipi warisan arwah...
TOK MAN IKRAR BANTU ‘BIRUKAN’ PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 17 Oktober - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berikrar mengetepikan perbezaan...
MeSRa: MELAKA PERKASA SYIAR ISLAM DI SEGENAP DIMENSI
AYER KEROH 17 Oktober - Agihan zakat berjumlah RM159.9 juta, bantuan fidyah kepada asnaf, peluasan pensijilan halal serta pembinaan lima...
EKOSISTEM MELAKA DIGITAL TERUS BERKEMBANG
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Bermula dengan Kampung Digital, ekosistem Melaka Digital akan terus diperluas kepada pelbagai aspek kehidupan rakyat...
JEREBU: MENARA TAMING SARI BEROPERASI SEPERTI BIASA
TELOK MAS 17 Oktober - Menara Taming Sari meneruskan operasi seperti biasa sepanjang musim jerebu, namun tahap jarak penglihatan akan...
HITS PERNAMA RINGANKAN BELANJA DAPUR KELUARGA TENTERA
SUNGAI UDANG 17 Oktober - Perbezaan harga lebih RM10 bagi sekampit beras mungkin kelihatan kecil, namun bagi Eva Shalyana Shahrom,...
