
MPAG ANJUR HARI TERBUKA UNTUK WARGA ALOR GAJAH
ALOR GAJAH 10 Mei – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bakal menganjurkan Hari Terbuka sempena sambutan Hari Perbandaran Ke-22 MPAG, tahun ini.
Yang Dipertua MPAG TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, program tersebut dijangka akan diadakan pada September depan.
Menurut beliau, pelbagai program menarik akan dirangka sempena hari istimewa itu yang akan memberi manfaat kepada penduduk dan warga Alor Gajah.
“Selain Hari Terbuka, MPAG juga akan menganjurkan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat pada 22 Mei ini bertempat di Masjid Umar Al-Khattab, Lendu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut TPr. Saifuddin, bersempena sambutan Hari Perbandaran Ke-22 juga, MPAG telah memberikan tawaran diskaun 50 peratus bagi pengurangan tunggakan kompaun pada 5 hingga 7 Mei lalu.
Jelas beliau, tawaran istimewa tiga hari itu mendapat sambutan hebat daripada warga Alor Gajah bagi melunaskan pelbagai jenis kompaun yang ditawarkan, termasuk kompaun letak kereta.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR: 5,000 ADUAN DITERIMA SEPANJANG 27 SIRI, 72 PERATUS SELESAI
AYER LIMAU 6 September - Sebanyak 5,000 aduan rakyat diterima menerusi 27 siri Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di...
ZOO MELAKA TARIK PERHATIAN PAKAR HIDUPAN LIAR ANTARABANGSA
AYER KEROH 6 September - Zoo Melaka berpotensi menjadi antara hab penting di Asia Tenggara bagi memperkukuh kepakaran dan standard...
KUIH BAKAR BERLAUK MELAKA CURI PERHATIAN DI MAHA 2026
SERDANG 6 September - Selama ini dikenali dengan rasa manis dan aroma pandan, kuih bakar kini tampil dengan kelainan apabila...
PENTERNAK SAMBUT BAIK INISIATIF PEMASANGAN ‘TAGGING’ QR
TABOH NANING 6 September - Keputusan Kerajaan Negeri untuk mewajibkan semua ternakan di negeri ini didaftarkan secara digital menerusi pemasangan...
IBU MUDA MELAKA DAPAT SOKONGAN, KEKUATAN DI BAWAH KEPIMPINAN TOK RAUF
AYER KEROH 6 September - Golongan ibu muda di Melaka menyifatkan keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk...
MELAKA BUKAN SEKADAR DESTINASI SEKALI DATANG
AYER KEROH 6 September – Melaka mahu terus dikenali sebagai destinasi pelancongan yang sentiasa hidup dengan pelbagai acara bagi menggalakkan...

