Sorting by

×

MPAG baik pulih 12 rumah penduduk

Masa Membaca:57 Saat

ALOR GAJAH 4 November – Sebanyak 12 rumah penduduk dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) kini berwajah baharu hasil sentuhan  menerusi Program Baik Pulih Rumah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

Yang Dipertuanya, TPr. Saifuddin Abdul Karim berkata, jumlah kediaman berkenaan adalah bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu dan dibiayai menggunakan peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Setiap rumah yang dibaik pulih membabitkan kos RM15,000, MPAG akan terus melaksanakan inisiatif ini pada 2024 dengan menyasarkan sebanyak 20 kediaman penduduk.

“Kepada penduduk yang ingin memohon, boleh berhubung dengan pihak Japerun dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, ianya tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan KPKT,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin mengadakan lawatan menyantuni penduduk di DUN berkenaan, Rabu lalu.

Menurut Saifuddin, kerja-kerja membaik pulih kediaman tersebut hanya melibatkan komponen-komponen asas sahaja seperti bumbung, atap, siling, tangga, tandas, pintu, dinding, pembaikan lantai simen atau kayu, tingkap, sistem perpaipan dan perparitan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1336
Kongsi :
Previous post Melaka FC belum ‘terkubur’
Next post Syukuri nikmat keamanan dan kebebasan dikecapi negara – Agong
Ubah saiz-+=