
MPAG dan media Melaka eratkan hubungan menerusi boling
AYER KEROH 5 Oktober – Program Santai Boling MPAG bersama Rakan Media, di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), di sini, semalam, berlangsung dalam suasana meriah.
Yang Dipertua MPAG, TPr Saifuddin Abdul Karim berkata, secara keseluruhan seramai 76 peserta termasuk wakil media mengambil bahagian dalam pertandingan itu.
Katanya, objektif program adalah untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara MPAG dan wakil media Negeri Melaka.
“Saya amat berharap menerusi program seumpama ini dapat mengeratkan lagi kerjasama dua hala antara MPAG dan media Negeri Melaka.
“Selain itu, acara ini juga merupakan platform untuk mengenali dan berkongsi perkembangan terkini MPAG sebagai salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam negeri ini,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.
Beliau bercadang untuk mengangkat program itu sebagai acara tahunan bagi mengekalkan hubungan baik antara pengamal media dan PBT.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
KETUA MENTERI TURUN ASAHAN BUKAN DENGAN ‘TANGAN KOSONG’
ASAHAN 23 Ogos - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi pelbagai bentuk bantuan, pembangunan dan sumbangan kepada warga Dewan...
KEAMANAN MELAKA HASIL PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pertemuan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dianggap amat istimewa oleh Ketua...
KAMPUNG ABBEY DAPAT DEWAN BAHARU RM500,000
ASAHAN 23 Ogos - Kemudahan awam untuk warga Asahan terus diperkukuh apabila Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)...
TOK RAUF HARGAI PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan sahaja menyantuni orang awam, sebaliknya turut melibatkan anggota...
PENANTIAN 15 TAHUN GENERASI KEDUA FELCRA BUKIT SEDANAN BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Penantian selama 15 tahun bagi 106 keluarga generasi kedua Felcra Bukit Sedanan untuk mendapatkan hak milik...
