
MPHTJ beri respon pantas isu pokok ‘tutup’ papan tanda
AYER KEROH 17 Jan – Aduan orang awam mengenai masalah pokok merimbun yang menutup tulisan papan tanda di sekitar Lebuh Ayer Keroh segera mendapat perhatian Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
Yang Dipertua MPHTJ Datuk Shadan Othman berkata, pihaknya akan segera mengambil tindakan berhubung aduan itu.
“Benar, kita sudah maklum mengenai aduan itu dan tindakan sedang dijalankan.
“Insya-Allah jika tiada sebarang masalah ia boleh diselesaikan hari ini,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Terdahulu, Melaka Hari Ini berkongsi sebuah foto sebuah papan tanda yang terhalang kerana dilitupi pokok di sekitar persimpangan lampu isyarat Hospital Pantai, di sini.
Menerusi ruangan komen, rata-rata orang awam memohon pihak berkuasa agar mengambil tindakan segera memandangkan papan tanda sangat penting dalam memandu arah pengguna jalan raya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SETEM BERUSIA SATU ABAD JADI TARIKAN DI MUZIUM SEJARAH DAN ETNOGRAFI
BANDA HILIR 18 Mac - Lebih 500 setem pelbagai jenis termasuk koleksi berusia lebih satu abad dipamerkan pada Pameran Setem...
AIDILFITRI: MELAKA KENAL PASTI 10 LOKASI PANAS KEMALANGAN
TABOH NANING 18 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka mengenal pasti sebanyak 10 lokasi 'hotspot' risiko kemalangan tinggi...
TOK RAOP, DATUK REMY ISHAK SANTUNI ORANG TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Masa terluang sementara menunggu waktu berbuka dimanfaatkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
SKM MELAKA SALUR ZAKAT WAKALAH RM20,000 KEPADA 10 MASJID
AYER KEROH 17 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka menyalurkan sumbangan zakat wakalah berjumlah RM20,000 kepada 10 buah...
MAIM SERAH 100 KIT MESRA IBADAH KEPADA 3 HOSPITAL
PENGKALAN BATU 17 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyumbangkan 100 kit mesra ibadah kepada tiga buah hospital di...
MELAKA REKOD 25 KESALAHAN PENIAGA GAGAL PAMER TANDA HARGA MERAH JAMBU
PENGKALAN BATU 17 Mac - Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah Skim...
