Sorting by

×

MPHTJ buka 11 Bazar Ramadan, Aidilfitri tahun ini

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 16 Mac – Sebanyak lapan Bazar Ramadan dan tiga Bazar Aidilfitri akan dibuka di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bermula 1 Ramadan tahun ini.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Shadan Othman berkata kesemua bazar tersebut bagaimanapun masih beroperasi mengikut sekatan dan had pengunjung satu-satu masa yang ditetapkan.

Katanya, ia selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya, pihak penganjur bazar turut diminta mengekalkan pemberian nombor bagi setiap pengunjung agar dapat mengawal kesesakan dan penjarakan fizikal sepanjang penganjuran itu.

“Antara lokasi Bazar Ramadan adalah di kawasan tapak parkir Masjid Al-Alami MITC, tapak parkir Pangsapuri Ixora Bukit Beruang, hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Jenis (Cina) (SJKC) Chabai, dan di hadapan Taman Batu Berendam Putra.

“Turut diadakan di hadapan SK Taman Merdeka, Kampung Tun Abdul Razak Bukit Katil, Pekan Durian Tunggal dan Tapak surau Taman Saujana Tehel.

“Manakala sebanyak tiga Bazar Aidilfitri diadakan di Dataran Sejarah, Pasaraya Kipmall Bachang dan Pasaraya Mydin MITC,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Untuk rekod, penganjuran Bazar Ramadan dan Aidilfitri di bawah pentadbiran MPHTJ tahun ini meningkat berbanding 10 bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun lalu.

Selain itu, difahamkan, Bazar Aidilfitri mega yang sebelum ditempatkan di tapak parkir MITC turut dipindahkan ke Dataran Sejarah Ayer Keroh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1271
Kongsi :
Previous post Perhilitan pasang perangkap harimau
Next post KWSP umum butiran pengeluaran khas RM10,000 dalam masa terdekat – Tengku Zafrul
Ubah saiz-+=