MPHTJ rekod tunggakan cukai taksiran semasa lebih RM6.56 juta

Masa Membaca:4 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 16 April – Lebih RM6.56 juta jumlah tunggakan cukai taksiran direkodkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Tunggakan itu membabitkan tiga kategori kegunaan iaitu kediaman, perniagaan dan perindustrian yang berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu jika gagal melangsaikan cukai itu.

Yang Dipertua MPHTJ Datuk Shadan Othman berkata, daripada tiga kategori itu bil tertunggak kediaman adalah tertinggi iaitu 1,956 bernilai RM5,078,928.78, diikuti perniagaan, 77 bil tertunggak (RM881,829.05) dan perindustrian, 12 bil tertunggak (RM596,737.09).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman

Beliau berkata, bagi kategori kediaman sebanyak 15 taman perumahan direkodkan mempunyai tunggakan tertinggi iaitu Taman Ayer Tasik Utama sebanyak RM468,016.72 membabitkan 410 bil tunggakan diikuti Vista Kirana RM335,201.91 (116), Angkasa Nuri/Industri Angkasa Nuri RM321,500 (334), Taman Ayer Keroh Heights RM307,688.87 (450) dan Taman Bukit Katil Damai RM305,779.71 (347), Taman Merdeka Jaya RM270,845.57 (354), Taman Merdeka/IKS Merdeka RM270,771.54 (305), Ozana Impian RM266,674.40 (155), Taman Dato’ Tamby Chik Karim RM207,089.68 (255) dan Taman Melaka Baru RM217,276.94 (322).

“Ini diikuti Taman Muzaffar Heights, RM199,934.68 (156), Taman Muzaffar Shah RM164,411.59 (159), Taman Desa Idaman 2/ Taman Desa Idaman RM162,212.56 (143), Taman Anjung Gapam RM161,166 (200), Melaka Perdana RM150,306.01 (60), Taman Merbok RM149,128.87 (107) dan Taman Merak Mas RM140,226.25 (154).

“Selain itu, Taman Bachang Baru RM139,285.66 (163), Country Villas Resort RM136,131.93 (103), Taman Bukit Melaka RM130,408.12 (105), Taman Jati RM122,412.38 (137) dan Taman Sentosa RM111,829.86 (54),” katanya.

Beliau berkata, taman perumahan lain merekodkan nilai tunggakan di bawah RM100,000 iaitu Taman Seri Jati RM76,670.86 (100), Raman Bunga Raya RM75,892.23 (116), Taman Malim Jaya/Industri Malim Jaya RM65,723.99 (123), Taman Merak RM64,877.24 (47) dan Taman Malim Permai RM57,465.03 (50).

Menurut Shadan bagi kategori perniagaan, premis di Taman Merdeka Jaya mencatat jumlah tertinggi iaitu RM188,468.18 membabitkan 52 bil tertunggak diikuti Taman Malim Permai RM102,771.44 (18), Taman Perindustrian Merdeka Permai RM102,646.26 (31), Pusat Perniagaan Putra Sentosa RM90,830 (24).

“Diikuti Taman Merdeka/IKS Merdeka RM75,614.69 (46), Taman Ayer Keroh Heights RM75,484.09 (14), Taman Tasik Utama RM43,492.20 (8), Taman Malim Jaya/Industri Malim Jaya RM41,280.43 (6), Taman Angkasinuri/ Industri Angkasa Nuri RM39,931.15 (10), Taman Melaka Baru RM24,839.38 (9), Taman Merak Mas RM21,421.82 (2).

“Taman Bukit Melaka RM17,539.22 (7), Taman Desa Idaman 2/ Taman Desa Idaman RM17,022.64 (5), Taman Muzaffar Shah RM10,437 (3), Taman Dato’ Tamby Chik Karim RM9,710.50 (5), Taman Bunga Raya RM7,474.52 (7), Taman Bachang Baru RM6,430.78 (2) dan Taman Sentosa RM2,433.60 (1),” katanya.

Manakala bagi kategori perindustrian, premis di Taman Tasik Utama mencatatkan jumlah tertinggi iaitu RM240,892.87 membabitkan 33 bil tertunggak, Taman Merdeka/ IKS Merdeka RM112,161.97 (18) dan Taman Angkasanuri/Industri Angkasa Nuri RM95,025 (5).

“Taman Malim Jaya/ Industri Malim Jaya RM58,438.03 (12), Taman Dato’ Tamby Chik Karim RM57,255.18 (23), Taman Perindustrian Merdeka/Taman Perindustrian Merdeka Permai RM2,091.25 (18) dan Taman Bachang Baru RM327.96 (1),” katanya lagi.

Shadan berkata pembayar cukai taksiran diminta menyegerakan segala tunggakan cukai itu mengikut tempoh ditetapkan bagi mengelakkan denda berlebihan.

“Kita sekarang ini dalam kempen untuk pembayar membayar cukai dan berharap penduduk dapat melangsaikannya mengikut masa ditetapkan.

“Ada yang berdegil sejak mula duduk rumah sehingga sekarang tidak pernah bayar cukai, bayangkan kalau setahun RM900, kalau 10 tahun dah mencecah RM9,000,” katanya kepada MHI.

Katanya, cukai taksiran tertunggak itu bukan hanya membabitkan kawasan perumahan biasa, malah di kawasan mewah.

“(Penduduk) kawasan yang mewah pun tak semestinya semua bayar ada juga yang masih berdegil.

“Cukai kita kutip ini dapat menampung kerja kebersihan, pengindahan di keseluruhan kawasan Hang Tuah Jaya selain menyediakan kemudahan asas,” katanya.

Jelasnya, MPHTJ sudahpun memberi kelonggaran kepada setiap pembayar cukai sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19.

“Dalam musim COVID-19 ini, kita beri kelonggaran sebanyak yang boleh, kalau ada denda tertunggak kita boleh kurangkan dengan semaksimum mungkin.

“Mungkin kita boleh kecualikan denda lewat, contohnya jika ada penghuni tidak membayar cukai dua hingga tiga tahun lepas, tetapi dia nak bayar sekali gus (cukai) kita boleh kecualikan denda tersebut,” katanya lagi.

*Antara taman yang dipasang kain rentang tunggakan yang tinggi*

1. Taman Malim Jaya
2. Taman Bachang Baru
3. Taman Ayer Keroh Heights/ Taman Muzaffar Shah
4. Ozana Impian/Melaka Perdana
5. Taman Muzaffar Heights
6. Vista Kirana

BERITA BERKAITAN: https://www.melakahariini.my/masalah-perceraian-dan-kewangan-antara-alasan-tidak-bayar-cukai-taksiran-mphtj/

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1186
Kongsi :
Previous post Pelakon Abu Bakar Omar meninggal dunia
Next post Masalah perceraian dan kewangan antara alasan tidak bayar cukai taksiran MPHTJ
Ubah saiz-+=