MPHTJ sedia kongsi idea bangunkan Leypark Station

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 3 Feb- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sedia berkongsi idea dengan mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bercadang untuk membangunkan lokasi tarikan ramai berkonsepkan Leypark Station di kawasan mereka.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman lokasi tarikan seperti Leypark Station dibangunkan bertujuan bagi menempatkan penjaja kecil terkesan akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata, usaha itu juga selaras saranan kerajaan negeri agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan lokasi penjaja yang sempurna.

Katanya, persekitaran yang meriah dan persembahan menarik diatur mampu menarik lebih ramai jumlah pengunjung, sekali gus membantu meningkatkan lagi pendapatan penjaja.

“Ekonomi negeri juga berkembang, kalau ada tempat tempat lain nak buka, InsyAllah, MPHTJ boleh bagi khidmat nasihat dan cadangan lokasi sesuai untuk bangunkan pusat penjaja dengan konsep sama seperti LeyPark Station.

“Sekarang kita sudah beralih ke fasa endamik, mereka (penjaja) ini perlukan punca pencarian dan kita sediakan tapak sesuai lengkap dengan infrastruktur cukup di satu kawasan, kita ada tandas awam, kita ada lampu hiasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di tapak LeyPark Station, Dataran Ayer Keroh, malam tadi.

Mengulas lanjut, Shadan berkata setakat 2 Feb, seramai 80 penjaja ditempatkan di LeyPark Station.

Menurutnya, penjaja ditempatkan di Leypark Station adalah dalam kalangan mereka yang berniaga secara kecil-kecilan di depan rumah dan tepi jalan.

“Mereka menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, ada donut, nasi lemak serta air kopi viral,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1584
Kongsi :
Previous post Agong, Raja Permaisuri kongsi gambar cucuanda baharu diputerakan
Next post Isu vaksin: Khairy fail saman fitnah terhadap Lokman Adam, Ustaz Abu Syafiq
Ubah saiz-+=