MUFC menyinar dengan jersi hijau muda

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

PAYA RUMPUT 28 Feb. – Melaka United Football Club (MUFC) hari ini secara rasminya melancarkan jersi baharu pasukan bagi menghadapi saingan Liga Super musim 2021.

Uniknya, untuk musim ini, warna hijau muda dengan dipilih sebagai warna bagi jersi utama atau jersi tuan rumah (home) berbanding warna hijau gelap yang biasa digunakan musim-musim terdahulu.

Selain itu, buat julung kalinya juga warna kelabu dipilih sebagai warna jersi tempat lawan (away), manakala jersi ketiga pula hanya akan dilancarkan sekitar April depan.

Musim 2021 juga menyaksikan Melaka United kekal menggunakan jersi keluaran jenama sukan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd buat tahun kedua berturut-turut.

Pelancaran jersi kali ini turut mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya ia dilancarkan secara dalam talian bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBB) yang berkuatkuasa di seluruh negeri Melaka ketika ini.

Pelancarannya disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) ketika berucap dalam video pelancaran jersi yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Melaka United Football Club ketika rehat separuh masa pertama perlawanan persahabatan pramusim 2021 Melaka United FC menentang Kelantan FC di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.

Hadir sama pada pelancaran berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif MUFC Datuk Mohd Saiful Mat Sapri.

Sulaiman dalam ucapannya memohon para penyokong untuk mendoakan agar pandemik COVID-19 dapat dihapuskan segera bagi membolehkan para
penyokong dapat kembali ke stadium memberikan sokongan padu buat pasukan sekali gus mengembalikan kemeriahan bola sepak Malaysia seperti tahun-tahun yang lalu.

Beliau turut menzahirkan harapan agar skuad Hang Tuah dapat mempamerkan mutu permainan terbaik menjelang sepak mula Liga Super yang akan dibuka tirai pada 6 Mac depan.

“Kepada pemain-pemain Melaka United, berusahalah dengan gigih sehingga mampu menggamit dunia suatu hari nanti.

“Kita kasi jadi! Get it done! Saya yakin, Melaka United FC mampu melakar
sesuatu yang boleh dibanggakan pada musim ini,” katanya.

Bagi penyokong Gegau Melaka Gegau yang ingin mendapatkan jersi terbaharu MUFC musim 2021 bolehlah mendapatkannya di mana-mana outlet Al-Ikhsan seluruh negeri atau memboleh membelinya secara dalam talian di al-ikhsan.com dengan harga serendah RM99.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1546
Kongsi :
Previous post Muhyiddin sertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional
Next post Polis tumpaskan Geng Wan Tocang
Ubah saiz-+=