Mufti Melaka, Pahang jejak Pulau Besar

Masa Membaca:51 Saat

TELOK MAS, 4 Oktober – Jabatan Mufti Negeri Melaka bersama delegasi Jabatan Mufti Negeri Pahang mengadakan lawatan ke Pulau Besar, hari ini.

Lawatan diketuai Mufti Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Abdul Halim Tawil dan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Haji Abdul Rahman Osman bersama kira-kira 50 peserta daripada kedua-dua jabatan.

Selain melawat beberapa kawasan tarikan pelancongan, lawatan ini juga akan merungkai beberapa misteri di sebalik pulau keramat yang didakwa sering menjadi markas pemujaan dan aktiviti ritual kumpulan ajaran sesat.

Terdahulu, kedua-dua delegasi bergerak ke Pulau Besar menaiki bot bermula dari jeti Parameswara Umbai kira-kira jam 9 pagi tadi.

Program dimulakan sesi taklimat, sarapan pagi seterusnya melawat sekitar Pulau Besar seperti Kubur Tok Janggut yang telah digali dan dimusnahkan, perigi nenek kebayan, Makam Sultan Ariffin dan Syarifah Rodziah sebelum kembali ke Jeti Umbai.

Ironinya, lawatan ini akan menjadi pemangkin kepada transformasi Pulau Besar yang akan bertukar wajah menerusi beberapa projek pembangunan Pusat Tamadun Islam seterusnya melestarikan pelancongan di kawasan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2981
Kongsi :
Previous post Bajet 2023: Imbangi jurang ekonomi bandar dan luar bandar
Next post Tindak tegas menunggu anggota polis dan tentera dalam rusuhan bola sepak Indonesia
Ubah saiz-+=