
Murid tak perlu lagi ‘berjemur’
BUKIT KATIL 27 Januari – Melihat murid duduk dalam keadaan lebih selesa dan paling penting tidak perlu lagi berjemur menjadi kelegaan buat Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Demang Hussin, Hamime Abdul Hamid.
Katanya, selepas lima tahun menunggu SK Dato’ Demang Hussin akhirnya dilengkapi kemudahan dewan terbuka berbumbung yang siap dibina tahun lalu.
Hamime berkata, pihak pengurusan sekolah melakukan permohonan bagi mendapatkan kemudahan itu sejak 2019 lagi sebelum menerima maklum balas dua tahun lalu.
“Perasaan saya dan guru-guru amat gembira, bersyukur sangat dan hari ini (semalam) pihak sekolah akhirnya terima dewan ini yang diserahkan kepada kami secara rasmi.
“Jumlah murid di sekolah ini adalah seramai 1,300 orang dan kemudahan dewan terbuka berbumbung ini memberikan kelegaan kepada guru-guru kerana selepas ini setiap kali perhimpunan murid tidak perlu berpanas atau berjemur lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Projek Dewan Terbuka Berbumbung Negeri Melaka Tahun 2023 di SK Dato’ Demang Hussin, di sini, semalam.
Menurutnya, kemudahan baharu itu amat diperlukan bagi menggantikan dewan lama dibina hasil kutipan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kini semakin uzur.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...
ASNAF MUALAF DIUJI, MAIM TERUS DEKATI
PANTAI KUNDOR 17 September - "Ada masanya kalau sakit orang akan lari atau menjauhkan diri, tetapi Balai Islam Majlis Agama...
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURUΒ KEJAYAANΒ DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahragaΒ para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
WRUR TANJUNG BIDARA: INISIATIF TURUN PADANG ERAT HUBUNGAN RAKYAT DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menghargai komitmen Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang turun padang bagi...
MENARA TAMING SARI JADI HAB PROGRAM BUDAYA, WARISAN
BANDA HILIR 17 September - Menara Taming Sari bukan sekadar ikon pelancongan Melaka, malah berpotensi diperluaskan fungsinya sebagai lokasi penganjuran...
