
Muzium Naning antara produk tarikan TMM2024
TABOH NANING 23 Julai – Muzium Warisan dan Sejarah Naning, di sini, bakal menjadi antara produk yang bakal diangkat sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin berkata, ua berikutan muzium berkenaan kini sedang dibaik pulih oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan bakal berwajah baharu.
Katanya, antara kerja naik taraf yang dilakukan ialah membabitkan pembaikan infrastruktur dan hiasan dalaman.
“Ini adalah salah satu produk tarikan pelancong untuk mereka mengetahui sejarah Naning dan kisah Dol Said suatu masa dulu.
“Saya telah mengadakan lawatan baru-baru ini dan melihat beberapa pembaikan sudah dilakukan termasuklah baik pulih lantai, penambahan pameran sejarah dan lain-lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Zulkiflee, selain Muzium Naning terdapat beberapa lagi produk pelancongan di kawasan tersebut boleh diketengahkan.
Ia termasuklah Air Panas Cherana Putih, butik kapal terbang, taman tema A’Famosa dan Perkampungan Orang Asli Bukit Payung.
“Kita akan bersama-sama Kerajaan Negeri untuk mempromosikan tempat-tempat menarik ini bagi memastikan TMM2024 berlangsung dengan jayanya,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENDIDIKAN ANAK MUDA TIDAK TERHENTI DI BILIK KULIAH – AB RAUF
SERI NEGERI 24 September - Pendidikan dan pembangunan generasi muda tidak seharusnya terhad di bilik kuliah, sebaliknya perlu dilengkapi ruang...
ILMU PESARA JADI PENYULUH GENERASI BAHARU MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka disaran terus menyumbang ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan kepada generasi penjawat...
DEBAT PIALA KETUA MENTERI BENTUK MAHASISWA BERFIKIRAN KRITIS
SERI NEGERI 24 September - Mahasiswa perlu mempunyai keupayaan menilai kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau membuat kesimpulan, terutama dalam berdepan...
PESARA ‘TIANG SERI’ PEMBANGUNAN MELAKA
BANDA HILIR 24 September - Golongan pesara perkhidmatan awam Negeri Melaka disifatkan sebagai antara 'tiang seri' yang turut menyumbang kepada...
IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAKA CIPTA SEJARAH, JUARA DEBAT PIALA KETUA MENTERI
SERI NEGERI 24 September - Pasukan A Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melaka mencipta sejarah sebagai juara sulung Pertandingan...
MELAKA KENANG BAKTI PESARA PERKHIDMATAN AWAM
BANDA HILIR 24 September - Seramai 41 pesara Perkhidmatan Awam Negeri Melaka menerima sumbangan berjumlah RM24,600, manakala lapan waris pegawai...
