Naik taraf empat klinik kesihatan DUN Asahan selesai

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

ASAHAN 10 Disember – Penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan kini menikmati kualiti perkhidmatan kesihatan lebih baik selepas kerja baik pulih dan menaik taraf kelengkapan di empat klinik kesihatan (KK) di DUN itu selesai dijalankan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, kerja-kerja naik taraf dan baik pulih itu secara keseluruhan membabitkan peruntukan berjumlah RM1.4 juta daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital berkata empat kemudahan kesihatan terbabit adalah KK Selandar dengan peruntukan RM500,000; KK Felda Bukit Senggeh (RM500,000), KK Batang Melaka (RM200,000) manakala KK Nyalas (200,000).

“Sebagai contoh di KK Selandar mengalami masalah pendingin hawa yang telah rosak selama hampir dua tahun dan ia berjaya diselesaikan dengan peruntukan tersebut, naik taraf turut membabitkan ruangan kecemasan.

“Sementara itu KK Bukit Senggah dan KK Nyalas pula sudah menyediakan perkhidmatan farmasi. Kita amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang prihatin dan cakna dengan masalah dihadapi penduduk di DUN Asahan.

“Kemudahan baharu ini pastinya akan memberikan lebih keselesaan dan perkhidmatan kesihatan yang terbaik terutama buat penduduk di kawasan luar bandar,” katannya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Dialisis Nephcare Selandar, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dan Ketua Pegawai Eksekutif Topcare Dialysis Centre Sdn Bhd Masshamni Mohamad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1626
Kongsi :
Previous post Melaka gelanggang Kejuaraan Silat Dunia 2024
Next post Stor jadi tumpuan polis cari bukti baharu kes Zayn Rayyan
Ubah saiz-+=