Naikkan tambang bas sekolah, sabarlah dahulu

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

PENGKALAN BATU 28 Mei – Kenaikan tambang bas sekolah dilihat tidak perlu dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa kerana perkara itu kerana ia akan menyukarkan ibu bapa.

EXCO Hal Ehwal Wanita Datuk Kalsom Nordin berkata, tempoh masa yang sesuai diperlukan sebelum penetapan kadar baharu tambang bas sekolah diumumkan dan bukan dibuat secara drastik.

“Dalam keadaan hari ini, berlaku kenaikan harga barangan sudah pasti semua orang terkesan apatah lagi jika tambang bas turut dinaikkan. Kalau satu keluarga ada lima anak pastinya ibu bapa amat terkesan.

“Jadi saya minta pengusaha bas sekolah ini supaya jangan terlalu ghairah untuk naikkan tambang dan sabarlah dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, di Bachang, malam tadi.

Sambutan itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, bersama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum serta EXCO Pelaburan dan Perindustrian negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Menurutnya, pihaknya bersama EXCO terbabit akan mengadakan perbincangan bersama wakil pengusaha bas sekolah dalam tempoh terdekat bagi membincangkan isu berkenaan.

“Dalam tempoh terdekat, InsyaAllah minggu ini saya akan adakan perbincangan itu bagi mengetahui situasi sebenar. Perlukah berlaku dalam tempoh terdekat ini.

“Tambang ini boleh naik tetapi sabar dahulu, bagi masa untuk rakyat bertenang, dalam tempoh singkat berlaku pelbagai kenaikan yang mana membuatkan mereka terbeban,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1486
Kongsi :
Previous post KDN persoal tindakan UNHCR beri kad pelarian sewenang-wenangnya
Next post Ringgit dijangka didagangkan sederhana kukuh berbanding Dolar AS minggu depan
Ubah saiz-+=