Nak murah, perlu subsidi

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

MASJID TANAH 7 Feb – Rantaian pengeluaran telur ayam dijangka terjejas lebih teruk sekiranya tiada subsidi dedak diberikan kepada penternak dan pengeluar.

Timbalan Pengerusi Gabungan Persatuan Peladang Ternakan Malaysia (FLFAM) Lee Yoon Yeau berkata, untuk waktu ini kesemua kos membabitkan bahan untuk membuat dedak seperti jagung dan kacang soya naik sehingga 50 peratus.

Katanya, kos untuk sebiji telur buat waktu ini antara 36 hingga 40 sen namun angka itu tidak sama bagi setiap ladang dan susulan itu subsidi daripada kerajaan amat diperlukan pada waktu ini.

“Saya faham kerajaan hendak jaga rakyat, untuk bagi mereka beli telur dan ayam daging yang murah tetapi sebagai penternak dan pengeluar kita juga rakyat selain kita harap kerajaan secepat mungkin boleh beri subsidi untuk kami menampung kos pengeluaran.

“Saya juga rasa ramai penternak tidak tahan lagi dan mereka akan kurangkan pengeluaran bagi mengurangkan kerugian ini kerana harga jualan tidak dapat naik,” katanya pada sidang media.

TIMBALAN Pengerusi Gabungan Persatuan Peladang Ternakan Malaysia (FLFAM) Lee Yoon Yeau

Menurut beliau, walaupun perjumpaan sudah diadakan dan kerajaan memberi jaminan untuk berikan subsidi namun sehingga hari ini belum ada sebarang makluman dibuat termasuklah daripada pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Kerajaan bagi jaminan akan bagi subsidi tetapi sampai hari ini belum ada apa-apa lagi daripada mereka. Saya rasa kita penternak dan pengeluar tidak boleh berniaga sampai rugi.

“Sekarang minta kerajaan boleh berikan harga jualan antara 40 sen hingga 42 sen untuk sebiji telur. Penternak dan pengeluar bukan menanggung kerugian pada waktu ini tetapi hampir dua tahun, katanya.

Mengulas lanjut, Yoon Yeau berkata, setiap hari negara memerlukan kira-kira 30 juta biji telur untuk dipasarkan di seluruh negara termasuk Sabah serta Sarawak dan kini berlaku kekurangan kira-kira 3 juta sehari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

700
Kongsi :
Previous post 30,000 majikan perlukan pembantu rumah – PAPA
Next post Olimpik Beijing: 11 kes COVID-19 dikesan dalam kalangan atlet dan ahli pasukan
Ubah saiz-+=