
Olimpik Beijing: 11 kes COVID-19 dikesan dalam kalangan atlet dan ahli pasukan
BEIJING, 7 Feb – Sebelas kes baharu jangkitan COVID-19 dikesan dalam kalangan mereka yang tiba bagi menyertai temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, sejak 24 jam lepas, lapor Sputnik.
Temasya sukan itu bermula pada 4 Februari dan akan berakhir pada 20 Februari.
“Antara 142 peserta yang tiba semalam, 65 daripadanya merupakan atlet sukan. Kami mendapati 11 kit diuji positif COVID-19, tujuh dikesan dalam kalangan atlet, serta empat lagi membabitkan ahli pasukan,” Timbalan Pengarah Pejabat Pencegahan dan Kawalan Wabak, Jawatankuasa Penganjur Olimpik Musim Sejuk Beijing, Huang Chun, memberitahu pemberita.
Selain itu, Perdana Menteri Papua New Guinea James Marape terpaksa pulang ke negaranya selepas disahkan positif COVID-19 sebaik tiba di Beijing untuk menghadiri temasya itu minggu lalu, kata kerajaan pada Selasa.
Perdana menteri itu terpaksa membatalkan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping dan kunjungan ke Perancis bagi menghadiri Sidang Kemuncak Satu Lautan (One Ocean Summit) dianjurkan Presiden Emmanuel Macron dari 9-11 Februari.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SAYA TIDAK MAHU ADA RAKYAT TIADA MAKANAN DI RUMAH’
TELOK MAS 16 Ogos – Komitmen membantu golongan memerlukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas tidak terhad kepada program...
JIWA MERDEKA TAMAN BUKIT RAMBAI
KLEBANG 16 Ogos - Jiwa merdeka dalam kalangan masyarakat Taman Bukit Rambai terus terserlah apabila hampir 200 Jalur Gemilang diagihkan...
FELDA HUTAN PERCHA JADI PILIHAN NEGARA LUAR
MACHAP JAYA 15 Ogos - Felda Hutan Percha terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila kawasan berkenaan sekali lagi bakal dipilih...
JALUR GEMILANG: KIBAR MENGIKUT TATACARA YANG BETUL
AYER KEROH 15 Ogos - Masyarakat bukan sahaja digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan malah perlu memastikan pemasangannya dibuat...
PENGALAMAN BUDAYA DI HUTAN PERCHA MEMORI INDAH BUAT PESERTA AARDO
MACHAP JAYA 15 Ogos - Aktiviti mengacau dodol, rewang sekampung, mengenakan busana Melayu dan mengenali adat perkahwinan masyarakat Melayu antara...
DUA PELAJAR MRSM ALOR GAJAH HILANG DITEMUKAN DI PASAR SENI
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sejak...
