Nasib jurulatih ditentukan Rabu ini

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

KLEBANG 2 Januari – Keputusan sama ada khidmat jurulatih B-14 (wanita) Melaka yang didakwa menampar dua pemain remaja perempuan diteruskan atau sebaliknya akan diketahui Rabu ini.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam berkata, beliau akan menyelesaikan isu itu dengan sebaiknya dengan mengambil kira semua faktor.

“Pada Rabu, selepas mesyuarat ‘post exco’ saya akan panggil jurulatih berkenaan dan pihak yang berkenaan untuk membincangkan tindakan selanjutnya.

“Kalau kita lihat ada keperluan untuk memberikan kaunseling kepada jurulatih terbabit, tindakan itu akan diambil,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, insiden yang berlaku pada 16 Disember lalu itu, sudah diselesaikan secara aman pada hari kejadian, malah jurulatih terbabit juga sudah berjumpa dan meminta maaf kepada pemain serta ibu bapa mereka.

“Selepas perlawanan pada hari itu, jawatankuasa teknikal sudah memanggil jurulatih terbabit bagi menerangkan isu yang berlaku.

“Kes ini sudah selesai secara sukarela, malah jurulatih itu turut mengaku akan kesalahan dia,” katanya.

Shanmugam berkata, jurulatih terbabit adalah seorang yang berdedikasi dan bertanggungjawab melatih kedua-dua pemain itu sejak dari sekolah rendah sehingga melayakkan mereka menyertai pasukan bawah 14 tahun itu menyertai Kejohanan Bola Tampar Remaja Bawah 14 Tahun Malaysia 2022, di Johor.

“Malah siasatan mengenai insiden itu sudah dibuat lebih awal (sebelum tular) dan semalam juga saya sudah menerima laporan lengkap mengenai kejadian daripada pegawai berkaitan,” katanya.

Terdahulu, tular video pendek di media sosial tindakan seorang jurulatih yang bertindak menampar dua pemain dan ia mencetuskan rasa marah dalam kalangan netizen.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2109
Kongsi :
Previous post MAVA gantung jurulatih tampar pemain remaja perempuan
Next post PRN: Anwar pengerusikan mesyuarat persiapan PH sebelum tahun Baharu Cina – Guan Eng
Ubah saiz-+=