
Neelofa akan jawab hari ini
PETALING JAYA 27 Dis. – Desas desus umum berhubung pergolakan hubungan antara Neelofa dan Harris Ismail atau PU Riz akan terjawab hari ini.
Portal Kosmo! Online hari ini melaporkan, perkara itu dijanjikan pengurus, Neelofa, Shawn Amer ketika dihubungi pihaknya sebentar tadi.
“Kita sedang sediakan sesuatu. Nanti apa-apa saya akan kongsikan. Sekejap lagi saya akan bertemu dengannya (Neelofa).
“Harap-harap segala persoalan semuanya akan terjawab hari ini. Saya akan kongsi secepatnya kalau boleh hari ini juga,” kata Shawn.
Terdahulu, hubungan Neelofa dan Haris didakwa sedang retak menanti belah apabila ahli keluarga selebriti populariti itu asyik berkongsi status berbaur sindiran dipercayai ditujukan kepada Haris.
Bukan sahaja dikatakan sudah putus tunang, penggunaan minyak pengasih dan sudah bernikah antara topik hangat yang menjadi perbualan netizen dalam media sosial berhubung isu hubungan Neelofa dan Haris yang dikatakan berantakan sejak semalam.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 31, juga didakwa netizen telah bernikah di Kelantan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd. Noor.
Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan balas daripada pihak keluarga mahu pun pelakon yang terkenal menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot itu bagi menafikan dakwaan berkenaan.
Views:
Related

Berita Lain
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
KEBAKARAN MAAHAD TAHFIZ TVET TIDAK MELIBATKAN PELAJAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Kebakaran sebuah bangunan di Maahad Tahfiz TVET Pulau Besar, semalam, tidak membabitkan pelajar apabila kesemua...
LEBIH 7,000 MERIAHKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MELAKA
DUYONG 25 Ogos - Sambutan Maulidur Rasul 1448H/2026M Peringkat Negeri Melaka menghimpunkan lebih 7,000 peserta daripada 101 kontinjen, sekali gus...
40 KEDIAMAN ORANG ASLI DUN MACHAP JAYA AKAN DIBAIK PULIH
MACHAP JAYA 25 Ogos - Sebanyak 40 buah kediaman masyarakat Orang Asli di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya...
‘SETIAP HARI SAYA TUNGGU, TAK SABAR NAK PINDAH KE RUMAH BAHARU’
MACHAP JAYA 25 Ogos - Selepas sekian lama terbantut perancangan Ishak Alin, 65, memiliki kediaman sendiri menjadi kenyataan hasil keprihatinan...
ENAM ANUGERAH KHAS BAKAL WARNAI SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PADA 29 OGOS INI
AYER KEROH 25 Ogos - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka akan diadakan bersekali dengan Majlis Melaka Berselawat Sempena Merdeka...

