Negeri kecil kini jadi perhatian pelabur dunia – Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

DUBAI, 16 Mac – Penyertaan Melaka pada Expo 2020 Dubai membuka mata ramai pelabur asing mengenai potensi negeri ini sebagai pusat operasi dan perindustrian mereka.

EXCO kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pelbagai inisiatif pihak swasta membawa kemajuan kepada Melaka dan memberi manfaat kepada rakyatnya.

Mengulas kejayaan memeterai perjanjian berjumlah RM5 bilion dalam masa 100 hari selepas mentadbir negeri ini Ab rauf berkata, ia adalah pelaburan dan bukannya keuntungan.

“Keuntungan diberikan kepada rakyat untuk kita rancakkan ekonomi, rakyat dapat kerja ekonomi bergerak.

“Jumlah pelaburan bergantung kepada syarikat mahu melabur, pulangan kepada syarikat. Pulangan kepada kerajaan adalah dapat memberikan peluang pekerjaan dan peluang ekonomi kepada rakyat negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandun Perjanjian (MoA) antara syarikat utama Melaka dan pihak pelabur di Pavilion Malaysia, bersempena Melaka Week, semalam.

Ab Rauf berkata, berikutan itu kerajaan negeri Melaka akan sentiasa memberikan galakan dan sokongan kepada mana-mana pihak berminat melabur di negeri ini.

Menurutnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) sedia menjadi fasilitator bagi membantu pelabur dengan memudah cara termasuk kerjasama boleh dijalankan.

“Kita lihat pelabur menjadikan Melaka pilihan utama, ini adalah peralihan terbaik dalam pada peralihan ‘post’ pandemik. Mereka memberikan perhatian kepada Melaka.

“Pertama kerana kedudukan Melaka yang strategik berdekatan dengan Johor dan Pelabuhan Klang, kos operasi membuka perindustrian di negeri Melaka agak rendah berbanding negeri lain.

Mengulas lanjut Ab Rauf berkata, kestabilan politik, juga meningkatkan lagi keyakinan pelabur untuk ke Melaka.

“Sebuah kestabilan membawa kepada kemakmuran negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1387
Kongsi :
Previous post RM5 bilion, tujuh MoU permulaan untuk lonjakan ekonomi Melaka – Sulaiman
Next post Tiada DNA babi dalam sampel sotong ring sejuk beku – KPDNHEP
Ubah saiz-+=