Sorting by

×

Nelayan Pantai Rombang mahu rumah bot

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

PANTAI KUNDOR 9 Jun – Sekumpulan nelayan di Pantai Rombang di sini, menggesa pihak berkaitan agar mempercepatkan pembinaan rumah bot nelayan yang musnah akibat dipukul ombak sejak 11 tahun lalu.

Nelayan Rosli Ahmad, 52, berkata, ketiadaan rumah bot itu menyebabkan nelayan dalam dilema selain berdepan dengan kerugian apabila bot fiber terdedah terus kepada cuaca.

Katanya, apabila bot fiber mereka yang berharga antara RM30,000 hingga RM40, 000 terdedah tanpa ada tempat khusus, ia akan mudah rosak.

“Mungkin kalau ada pondok seperti dulu dibina mungkin jangka masa bot itu boleh digunakan untuk tempoh sehingga 10 tahun tanpa berdepa kerosakan teruk tetapi kini bot bertahan hanya tujuh tahun.

“Faktor ini disebabkan bot terdedah kepada cuaca panas di tengah laut dan di darat juga. Apabila tidak turun ke laut bot kena berjemur di bawah panas terik,” katanya.

Menurutnya lagi akibat kerosakan yang dialami, mereka berdepan masalah kewangan untuk membaiki dan membeli bot baharu.

ABDUL Zamzuri

Justeru, dia dan rakan nelayan yang lain berharap akan ada tindakan segera untuk membina pondok menyimpan bot demi kebajikan nelayan di kawasan itu.

Sementara itu, seorang lagi wakil nelayan Abdul Zamzuri Abdullah, 52, berkata, kerana ketiadaan rumah menyimpan bot itu kira-kira 12 perahu di kawasan Pantai Rombang terdedah kepada cuaca hujan dan panas.

Katanya, selain itu keadaan rumah bot yang kini hanya tinggal tiang membuatkan pemandangan di pantai itu ‘semak’ dengan keadaan bot yang diletak sesuka hati.

“Harapan nelayan supaya kerajaan dan agensi yang berkaitan bantulah kami yang sudah menunggu peruntukan membuat rumah bot ini sejak sekian lama.

“Kalau boleh biarlah rumah baharu akan dibina nanti itu lebih kukuh kerana keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1175
Kongsi :
Previous post Kekurangan ubat-ubatan bukan disebabkan pembelian panik – Khairy
Next post Lima ketua Malawakil baharu dapat watikah 20 Jun ini -Saifuddin
Ubah saiz-+=