Nilai RT COVID-19 turun, terlalu awal katakan Malaysia sudah lepasi kemuncak jangkitan Omicron – Khairy

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di Malaysia berada pada tahap 1.06 semalam iaitu menurun 0.02 berbanding kadar 1.08 Rt yang dilaporkan, Sabtu lepas.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di akaun Twitter berkata walaupun nilainya terus menurun, namun masih terlalu awal untuk menyatakan bahawa Malaysia telah melepasi kemuncak jangkitan Omicron dengan 96 peratus kes aktif COVID019 pulih di rumah dan kapasiti perkhidmatan hospital kini dalam keadaan terkawal.

“Rt harian kita terus menurun kepada 1.05. Terlalu awal untuk menyatakan kita telah melepasi kemuncak jangkitan Omicron. Sebanyak 96 peratus kes aktif pulih di rumah dan kapasiti hospital adalah terkawal.

“Jika trend ini berterusan, ia akan diikuti dengan pembukaan sepenuhnya sempadan dan kelonggaran langkah-langkah domestik yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini di media sosialnya berkata Perak merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.32, diikuti Labuan (1.27), Sarawak (1.24) dan Terengganu (1.22).

Malaysia merekodkan 24,466 kes baharu COVID-19 semalam, dengan hanya 105 kes dalam kategori tiga, empat dan lima, manakala 24,361 kes kategori satu dan dua.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

481
Kongsi :
Previous post Pemulihan ekonomi negara perlu disegerakan, bantu rakyat bina semula kehidupan – Agong
Next post Al-Sultan Abdullah tegur isu rasuah di Malaysia
Ubah saiz-+=