
OP KHAS GEMPUR TEKNIKAL: JPJ KELUAR 5,306 NOTIS KESALAHAN BAGI TEMPOH LIMA HARI
Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Jana Santhiran Muniayan berkata notis ituΒ termasuk penahanan kenderaan, arah periksa dan temu siasat susulanΒ pemeriksaan ke atas 17,729 kenderaan.
βDaripada jumlah itu, sebanyak 1,787 kenderaan diambil tindakan denganΒ 16 kenderaan disita membabitkan 15 kenderaan perdagangan dan bakinya kenderaan perkhidmatan awam.
βJPJ bukan hendakΒ cari kesalahan dengan mengeluarkan notis, cuma mahu memastikan jalan rayaΒ dalam keadaan terbaik selain pengguna jugaΒ dalam keadaan selamat,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Khas Gempur Teknikal di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Selatan di sini hari ini.
Jana Santhiran berkata penggunaan tayar tidak sepatutnya atau tayar celup merupakan antara kesalahan yang dikenal pasti banyak dilakukan oleh kenderaan perdagangan termasuk lori dan treler.
Beliau berkata perkara itu antara yang difokuskan dalam operasi berkenaan selain memastikan brek berada dalam keadaan sempurna dengan tindakan termasuk menahan kenderaan daripada meneruskan perjalanan akan diambil sekiranya kesalahan terbabit dikesan.
βDalam pemeriksaan tadi, kita tengokΒ ada yang menggunakan tayar celup, nak tercabut dah lapisan luar, jika ia tertanggal pastinya mengakibatkan bahaya kepada pengguna jalan raya, itu yang kita tidak mahu,β katanya.
Dalam pada itu,Β Jana Santhiran berkata JPJ kini menggerakkan lebih 1,500 anggotanya di seluruh negaraΒ bagi menumpukan penguatkuasaan terhadapΒ kesalahan perdagangan termasuk lebih muatan, teknikal, dokumentasi dan lalu lintas terutama pada musim perayaan.
βKita tingkatkan bilangan, kalau dulu (jumlahnya) kurang daripada 1,000 anggota yangΒ kita kerah berada di jalan raya termasuk di lebuh raya, jalan perbandaran dan sebagainya terutama pada musim perayaan,β katanya.
Sementara itu, beliau turut menasihati semua pemandu kenderaan beratΒ untuk meletakkan kon atau halangan jalan raya sekiranya kenderaan mereka terpaksa dihentikanΒ di laluan kecemasanΒ akibat kerosakan bagi memberi isyarat kepada pengguna jalan raya yang lain.
βSebab baru-baru ini, beberapa kemalangan berpunca daripada pemandu lori tidak meletakkan kon di belakang untuk menunjukkanΒ kenderaan mereka dalam kecemasan dan terpaksa dihentikan, saya harap semua pihak beri perhatian penuh kepada peraturan jalan raya,β katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


