Sorting by

×

RAKYAT MELAKA GUNA 231 JUTA LITER AIR SEHARI

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

TANJUNG BIDARA 25 April – Rakyat Melaka menggunakan 231 juta liter sehari mengikut rekod purata penggunaan air domestik di negeri ini pada 2026.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, jumlah itu meningkat berbanding 227 juta liter sehari pada 2025.

“Ini bermakna, setiap hari… lebih 1.05 juta rakyat Melaka bergantung kepada sistem bekalan air yang kita uruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2026 Peringkat Kebangsaan yang bertemakan ‘Air Milik Semua’ yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Dataran Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin serta barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Seri Mad Zaidi Mohd Karli; Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA Datuk Mohd Rodzwan Mohd Baba Sakri; Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Ir. Azren Khalil; serta lain-lain kenamaan.

Menurut Ketua Menteri, bagi menampung keperluan itu Melaka mempunyai 12 loji rawatan air yang dikawal selia oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Jelas beliau, setakat tahun ini, purata pengeluaran air terawat di negeri ini telah mencecah sekitar 708,000 meter padu sehari, berbanding 696,000 meter padu sebelum ini.

“Ini menunjukkan satu peningkatan yang konsisten dari tahun ke tahun,” tambah beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

286
Kongsi :
Previous post DASAR AIR NEGARA DIPERKASA, SASAR TURUNKAN KADAR NRW
Next post AKADEMI LAUT MALAYSIA DINAIK TARAF KEPADA KOLEJ UNIVERSITI TAHUN INI