Sorting by

×

Operasi cari lelaki hilang di laut dihentikan – APMM

Masa Membaca:51 Saat

KANGAR, 10 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menghentikan Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot Selasa lepas, di perairan Pantai Kuala Sungai Baru di sini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata operasi mencari Bukhari Yusof, 45, penganggur, dihentikan pada pukul 7.30 malam semalam berikutan tiada sebarang petunjuk ditemukan sepanjang tiga hari operasi dilaksanakan.

“Keseluruhan kawasan pencarian melibatkan keluasan 79.96 batu nautika persegi, meliputi perairan Kurung Tengar serta Sungai Baru sehingga Kuala Sanglang, dan operasi melibatkan 67 pertugas termasuk orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata APMM merakamkan penghargaan kepada agensi sahabat yang terlibat dalam operasi seperti anggota polis, pasukan polis marin, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.

Dalam kejadian Selasa lepas, Bukhari dipercayai terjatuh dari bot ketika sedang tidur, semasa dua kru bot berkenaan sedang sibuk menangguk siput di kedudukan tiga batu nautika dari Pantai Kuala Sungai Baru di sini.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1872
Kongsi :
Previous post Hukuman mati mandatori dimansuh – Wan Junaidi
Next post Tempoh reman pemandu Perodua Myvi disambung lagi
Ubah saiz-+=