Tempoh reman pemandu Perodua Myvi disambung lagi

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

JASIN 10 Jun – Tempoh reman pemandu Perodua Myvi yang dipercayai memandu dibawah pengaruh alkohol dalam kemalangan meragut nyawa suami isteri orang kurang upaya (OKU) di Jalan Serkam Pantai, 5 Jun lalu dilanjutkan tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, tempoh reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Ahmad Shakib Ismail selepas menerima permohonan daripada pihaknya hari ini.

“Ini susulan tempoh reman keatas lelaki berusia 24 tahun itu selama empat hari sebelum ini yang bermula pada Selasa berakhir hari ini.

“Tempoh reman selama tiga hari dikeluarkan majistret hari ini akan berakhir pada 13 Jun bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Mispani berkata, pendakwaan terhadap pemandu terbabit akan dilakukan selepas pihaknya memperoleh hasil laporan kimia minggu depan.

“Selewat-lewatnya minggu depan selepas laporan kimia diperoleh. Buat masa ini ujian laporan itu kita masih belum dapat,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan suami isteri maut selepas motosikal mereka dirempuh Perodua Myvi di Jalan Serkam Pantai, jam 7.45 pagi, 5 Jun lalu.

Mangsa Ezuddin Mohammad, 50, dan isteri Surayah Muhamat, 48, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, kejadian itu membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta dipandu pemuda berusia 24 tahun.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

976
Kongsi :
Previous post Operasi cari lelaki hilang di laut dihentikan – APMM
Next post Peniaga kena jaga emosi, perasaan pelanggan – KM
Ubah saiz-+=