
OPERASI KUTIPAN SAMPAH DIKERAPKAN SEPANJANG SYAWAL – MBMB
AYER KEROH 7 April – Bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meningkatkan kekerapan operasi kutipan sampah domestik dalam kawasan pentadbirannya sepanjang Syawal ini.
Mengulas lanjut berhubung perkara itu Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata operasi kutipan sampah dikerapkan kepada tiga kali berbanding hanya dua kali sehari pada bulan biasa.
“Jadual kutipan sampah adalah antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, 8 malam dan 12 tengah malam. Kekerapan kutipan sampah ini bukan perkara baru, sebelum ini sudah dilaksanakan pada musim perayaan.
“Setiap kali musim perayaan sudah pasti ramai yang mengemas rumah, jadi ada peningkatan dalam jumlah sampah dibuang. Kutipan pula melibatkan sampah atau bahan buangan bersaiz besar seperti sofa, katil, tilam, dan barangan elektrik,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Shadan berkata kutipan sampah juga meningkat susulan ramai umat Islam yang menganjurkan jamuan rumah terbuka Aidilfitri sepanjang Syawal.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
