Orang awam cemas, premis elektrik berasap

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

PENGKALAN BATU 1 Sept. – Orang awam yang kebetulan berada berhampiran Plaza Melaka Sentral, di sini, petang semalam cemas sebaik ternampak kepulan asap hitam keluar dari sebuah kedai di situ.

Dalam kejadian kira- kira jam 2.20 petang itu, bahagian bawah premis tiga tingkat berkenaan dikatakan terbakar dan disedari orang awam sebelum menghubungi pasukan bomba.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian pada jam 2.21 petang memaklumkann kejadian.

Beliau berkata, susulan itu empat jentera masing- masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu dan Bukit Katil bergegas ke lokasi kejadian bersama 20 anggota termasuk Ketua BBP Jalan Kubu Timbalan Penguasa Bomba ll Yazid Mohd Tahir.

“Sebaik tiba pasukan bomba terpaksa memecahkan pintu hadapan dan belakang bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke premis bersebelahan.

“Ekoran asap tebal pihak bomba mengalami sedikit kesukaran bagaimanapun api berjaya dipadam sepenuhnya dalam tempoh satu jam,” katanya.

Menurut beliau, kebakaran dipercayai bermula dari bahagian belakang premis dan pemeriksaan awal mendapati membabitkan kemusnahan kira- kira 40 peratus.

“Ketika kejadian premis berkenaan tidak beroperasi dan pasukan Forensik Bomba sudah ke lokasi kejadian melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran,” katanya.

Views:

486
Kongsi :
Previous post Dr Noor Hisham dedah syarikat perlombongan guna gambarnya dalam laman sesawang
Next post MAQIS rampas 63 tan makanan ikan dari Oman bernilai RM240,000
Ubah saiz-+=