
Dr Noor Hisham dedah syarikat perlombongan guna gambarnya dalam laman sesawang
KUALA LUMPUR 1 Sept. – Sebuah laman sesawang syarikat perlombongan telah menggunakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham menegaskan perkara itu adalah palsu dan nama yang tertera di bawah gambar beliau bukan dirinya dan laman sesawang syarikat itu turut memaparkan gambar dan nama beberapa individu dalam barisan pengurusannya.
“Untuk makluman umum, Syarikat Kashi Mining ada menggunakan gambar saya dalam laman sesawang mereka sebagai COO! Jelas ini adalah palsu,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, semalam.
Bagaimanapun, carian Bernama mendapati laman sesawang syarikat itu sudah tidak boleh diakses.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
ORANG ASLI MACHAP JAYA UBAH ‘BAHAN RIMBA’ JADI PERMATA
MACHAP JAYA 26 Mei - Di Kampung Orang Asli Bukit Besar yang dikelilingi pokok hutan dan jauh daripada pembangunan, kisah...
PENGAWAL KESELAMATAN MAUT LANGGAR ANJING LINTAS JALAN
LENDU 26 Mei - Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Masjid Tanah maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor anjing di...
PERKASA PENIAGA KECIL, PACU EKONOMI MELAKA
PAYA RUMPUT 26 Mei - Memperkasakan peniaga kecil terus menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam memastikan pertumbuhan ekonomi Melaka kekal...
DARI ‘BANDAR MATI’ KE TRANSFORMASI AGENSI AGAMA, RAHMAD KONGSI PENGALAMAN TERAJUI 3 EXCO
AYER KEROH 25 Mei - Pengalaman memegang tiga portfolio Exco Kerajaan Negeri meninggalkan pelbagai kenangan manis, pahit dan cabaran sepanjang...
BANDA HILIR SEMAKIN ‘MENYALA’
BANDA HILIR 25 Mei - Kawasan pelancongan di Banda Hilir semakin berseri pada musim cuti sekolah ini dengan limpahan lampu...
30 LEMBU KORBAN DIAGIHKAN KE LOKASI TERPILIH SEKITAR PARLIMEN TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 25 Mei - Sebanyak 30 ekor lembu korban diagihkan ke masjid dan surau terpilih seluruh Parlimen Tangga Batu...
