
Melaka United yakin cipta kemenangan menentang Terengganu
AYER KEROH 31 Ogos – Melaka United (MU) yakin akan mempamerkan aksi terbaik menjelang perlawanan menentang Terengganu pada Jumaat ini selepas berjaya menewaskan Perak.
Penasihat Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pihaknya percaya skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu mampu mencipta kemenangan dengan kelebihan bertanding di laman sendiri.

“Melihat prestasi yang ditunjukkan pasukan MU dalam beberapa siri pertandingan persahabatan dan Liga Super yang bermula Jumaat berjaya memenangi pertandingan termasuk menentang Perak.
“Saya yakin prestasi di bawah pengurusan MUSA yang baharu serta kebolehan jurulatihnya, MU akan berjaya mencipta kemenangan sekaligus mengumpul tiga mata penuh buat Skuad Sang Kancil,” katanya.
Untuk rekod, selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Perak minggu lalu, Melaka berjaya keluar dari zon penyingkiran dan melonjak ke tangga ke-6 Liga Super.
Mengikut kiraan kasar, Melaka memerlukan sekurang-kurangnya tiga kemenangan daripada baki enam perlawanan bagi membolehkan skuad kendalian Zainal Abidin kekal berada di Liga Super musim depan.
Views:
Related

Berita Lain
2 GELANGGANG SEPAK TAKRAW DINAIK TARAF, PERKASA SUKAN KOMUNITI
AYER KEROH 16 Januari - Dua gelanggang sepak takraw di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah...
FUNWALK @ MPJ AJAK WARGA JASIN KEKAL SIHAT
JASIN 9 Januari – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengajak warga Jasin dan kawasan sekitar memeriahkan Funwalk @ MPJ yang menjadi...
DEWAN BAHARU BERI MANFAAT KEPADA LEBIH 400 PENDUDUK KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 3 Januari - Pembinaan Dewan Terbuka Kampung Pulau yang sudah siap dilaksanakan wajar dijadikan model rintis kepada pembangunan...
IPT RAKAN STRATEGIK JAYAKAN AGENDA PEMBANGUNAN KOMUNITI
TANJUNG BIDARA 3 Januari - Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bukan sekadar menjadi gedung ilmu, sebaliknya dianggap sebagai rakan strategik dalam...
SUKMA 2026: MELAKA HIMPUN 66 ATLET DALAM ‘PROJEK EMAS’
AYER KEROH 30 Disember – Projek Emas yang dilaksanakan sejak 1 Ogos 2025 menjadi platform ampuh dalam mempersiapkan atlet Negeri...
KONDA KONDI, DAM AJI MERIAHKAN MELAKA DI HUJUNG TAHUN
KLEBANG 30 Disember - Pertandingan sukan tradisional konda-kondi dan dam aji yang diadakan sempena Sambutan Tahun Baharu 2026, Peluncuran Tahun...

