Orang berbudi, kita berbahasa

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat
DAK MAT

MAT tumpang bangga dan puji sikap jaguh angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz
yang menang pingat emas kategori 55 kilogram di Olimpik Tokyo 2020 tempoh
hari.

Sejurus dikalungkan pingat itu dia tidak lupa ucap terima kasih kepada rakyat yang bantu selama di Malaysia bermula Januari tahun lalu khasnya keluarga angkatnya di Jasin.

Bagi Mat, inilah dikatakan ‘orang berbudi, kita berbahasa’. Dek COVID-19 dia dan dua jurulatihnya terkandas di sini apabila PKP dilaksanakan.

Bermacam cabaran dia kena lalui dan terpaksa bertukar venue latihan. Akhirnya dia pilih berlatih di sebuah kampung di Kesang, Jasin atas pelawaan kenalannya, Ahmad Janius Abdullah yang kemudian menjadi jurulatih dan bapa angkatnya.

Bukan saja disediakan tempat tinggal, keperluan lain termasuk ‘gimnasium kampung’ dibina untuknya berlatih.

Mat kagum, dalam serba kekurangan, Hidilyn buktikan iltizam dan fokus kunci kejayaannya, malah dia juga tidak lokek menurunkan ilmu kepada bakat muda tempatan.

Berbaloilah penat jerih dia berlatih tujuh jam setiap hari dengan disiplin ketat hingga meraih pingat emas Olimpik pertama buat negaranya.

Mat harap, atlet sukan angkat berat negara terinspirasi dengan kejayaan Hidilyn ini dan berusaha gigih untuk cemerlang. Yakin boleh!

DAK MAT: Teringat angkat ‘dumbbell’ tin susu yang disimen.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

529
Kongsi :
Previous post Boleh rakam video disuntik
Next post DKKB dilancar sebagai panduan pelaksanaan aktiviti perkebunan bandar
Ubah saiz-+=