Orang ramai diajak salur sumbangan untuk rakyat Palestin – Exco

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 20 Oktober – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersetuju menyalurkan sumbangan sejumlah RM100,000 untuk tabung Palestin sebagai solidariti terhadap kesengsaraan dihadapi penduduk Gaza.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, dana itu akan diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 4 November depan sebelum diberikan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Saya juga menyeru mana-mana masjid dan orang ramai yang ingin menyumbangkan dana boleh berikan sahaja kepada MAIM dan pihak MAIM akan serahkan sekali sumbangan itu pada tarikh tersebut.

“Tarikh akhir sumbangan pada 27 Oktober ini, kita akan buat penyerahan kepada Menteri Agama berbentuk ‘mock cek’ November nanti, kebetulan beliau hadir program di Melaka di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, jadi kita serahkan terus,” katanya kepada Melaka Hari Ini, di sini hari ini.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil peluang ini untuk turut sama menyalurkan sumbangan kepada pihak MAIM sebelum tarikh tutup.

“Kita tidak letakkan sasaran berapa banyak dikumpul, tetapi mengalu-alukan orang ramai untuk membantu rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman rejim Israel,” katanya.

“Setakat ini Melaka mempunyai kira-kira 400 masjid termasuk surau, saya percaya jika semua terlibat menyalurkan sumbangan, lebih banyak dana yang dapat diberikan untuk membantu rakyat di sana yang terkesan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3938
Kongsi :
Previous post UTeM martabat bahasa Melayu di persada antarabangsa
Next post Ganding bahu jayakan Hari Pelancongan Dunia 2025
Ubah saiz-+=