
Orang ramai ‘serbu’ UTC Melaka
BANDARAYA MELAKA 15 Jun – Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Jalan Hang Tuah di sini yang mula beroperasi hari ini, menerima kunjungan luar biasa daripada orang ramai yang ingin melakukan pelbagai transaksi di situ.
Eksekutif Korporat dan Khidmat Pelanggan UTC, Abu Hurairah Hashim berkata, keadaan bagaimanapun adalah terkawal dengan orang ramai perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata pihaknya telah mewujudkan garis panduan yang ketat serta tanda penjarakan sosial bagi mengawal pergerakan orang ramai yang berkunjung ke situ.
“Penggunaan kad giliran berdasarkan had pengunjung di premis setiap agensi juga telah ditetapkan dan diletakkan di kaunter saringan bagi memudahkan pergerakan orang ramai.
“Bagi wanita mengandung, warga emas dan Orang Kelainan Upaya juga diberikan kebenaran khas dan tidak perlu beratur malah boleh terus ke kaunter saringan yang terletak hadapan pintu masuk UTC,” katanya.
Seorang pengunjung, Norhaslinda Jumaat, 45, berkata, beliau berpuas hati dengan tahap perkhidmatan yang disediakan di pusat itu pada hari ini.
“Saya menunggu pun tidaklah terlalu lama, dalam 12 minit sahaja bagi mendapatkan giliran untuk berurusan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
PEK MAKANAN PERCUMA SAMBUT ‘GENG RXZ’ DI PINTU GERBANG AYER KEROH
AYER KEROH 23 November - Sebanyak 1,000 pek makanan akan diagihkan kepada peserta RXZ Members Ride Edition 2025: Melaka Attack...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: TINGKAT KEMUDAHAN AWAM, SOKONGAN MENTAL JADI ‘WISHLIST’ RAKYAT
KLEBANG 23 November - Menjelang pembentangan Bajet Negeri Melaka 2026 pada awal Disember ini, penduduk Melaka menyuarakan pelbagai harapan buat...
LEBIH 12,000 RAKYAT MELAKA GUNA ‘MOBILE ECOSS’ BELI MINYAK MASAK PEKET
PAYA RUMPUT 23 November - Penggunaan aplikasi mobile Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) menunjukkan peningkatan ketara dengan merekodkan...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: BANTU PENIAGA KECIL BERKEMBANG
KLEBANG 23 November - Menjelang pembentangan Belanjawan Melaka 2026, golongan peniaga di Zon Bebas Kenderaan Santai@Klebang menyuarakan harapan untuk didengari....
BAJET NEGERI MELAKA 2026: RAPATKAN JURANG DIGITAL BANDAR, LUAR BANDAR
ASAHAN 23 November - Bajet Negeri Melaka 2026 diharap mampu memperkukuh pembangunan bandaraya pintar serta meningkatkan kemudahan digital khususnya di...
PENDUDUK NYALAS TERUJA BAKAL MILIKI KEMUDAHAN STESEN MINYAK PERTAMA
ASAHAN 23 November - Penantian penduduk di kawasan Nyalas, Asahan sejak sekian lama yang mahukan kemudahan stesen minyak bakal terlaksana...
