Orang ramai teruja hadir ke Sambutan Hari Kebangsaan ke-66

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

BANDA HILIR 31 Ogos – Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 peringkat Negeri Melaka memberi 1,001 makna buat pengunjung yang rata-rata datang awal ke Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Bagi pengunjung Muhammad Irfan Bakhtiar, 34, berkata, dia bersama isteri, Wan soraya Wan Ab. Kadir, 35, dan dua anak datang seawal jam 6.30 pagi untuk menyaksikan perbarisan serta persembahan lain.

“Selepas tiga tahun tiada sambutan susulan pandemik Covid-19, kali ini kami berpeluang menyaksikan perarakan Bulan Kebangsaan dan bawa anak-anak untuk menyuntik semangat patriotik,” katanya.

photo1693462424
SUASANA orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Melaka pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka. Foto MR AZLI

Sementara itu bagi Nurain Syuhada Zaabah, 28, dia bersama adikya Nurain Afiqah Zaabah, 21, hadir ke sambutan itu untuk mencambah memori selain menyuntik semangat patriotisme dengan menghayati setiap persembahan yang diatur.

“Ibu bapa saya adalah orang yang bertanggungjawab dalam menggalakkan anak-anak sejak kecil lagi untuk turut serta meraikan Hari Kebangsaan dan lama kelamaan sambutan ini menjadi aktiviti tahunan,” katanya.

photo1693465529

KANAK-KANAK mengibarkan jalur gemilang ketika perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Melaka di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka. Foto MR AZLI

Manakala Tan Siew Eng, 23, berkongsi rasa teruja untuk menyaksikan acara perbarisan terutama perarakan kontinjen.

“Sebagai rakyat Malaysia saya sangat berbangga dengan keunikan negara kita yang masyarakatnya berbilang bangsa, budaya dan agama boleh hidup secara muhibah.

“Apabila datang ke sini melihat sendiri acara ini saya turut rasa sebak kerana negara kita masih aman,” katanya.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan yang sering dipilih menjadi lokasi acara sambutan Hari Kebangsaan telah ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara.

Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4357
Kongsi :
Previous post Syarikat swasta urus parkir Hospital Melaka tahun hadapan
Next post Makan sampai kenyang pada satu harga di Saferah Steamboat & Grill vs Laksa Buyong, Sungai Udang
Ubah saiz-+=