Syarikat swasta urus parkir Hospital Melaka tahun hadapan

Masa Membaca:55 Saat

BANDARAYA MELAKA 31 Ogos – Sebuah syarikat swasta akan dilantik untuk menguruskan parkir di Hospital Melaka dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan yang dialami oleh pesakit dan pelawat ketika ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, mengikut perancangan perkara itu akan dilaksanakan bermula tahun hadapan dengan tender dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka.

Katanya, ketika ini pihak teknikal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti beberapa mekanisme seperti pelaksanaan sistem valet atau ‘joki’ yang boleh mengurangkan beban kepada waris, pesakit dan pelawat yang mempunyai urusan di Hospital Melaka.

“Objektif utama pelaksanaan cadangan ini adalah mengurangkan tekanan kepada waris pesakit yang datang dan keduanya pihak swasta ini akan menguruskan parkir dengan lebih teratur serta terancang

“Tahun hadapan parkir dijangka akan lebih terhad kerana pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak akan dimulakan,” katanya ketika demikian ditemui pemberita selepas Program Bayi Merdeka Hospital Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem bersama Timbalannya, Siti Faizah Abd Azis serta Timbalan Pengarah (Perubatan) Kesihatan Negeri, Dr. Sahrum Muzakir @ Lokman Arshad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3350
Kongsi :
Previous post Pertandingan Pidato Piala TYT terima 3,040 penyertaan
Next post Orang ramai teruja hadir ke Sambutan Hari Kebangsaan ke-66
Ubah saiz-+=