Pertandingan Pidato Piala TYT terima 3,040 penyertaan

Masa Membaca:53 Saat

BANDA HILIR 31 Ogos – Pidato Piala Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka Peringkat Kebangsaan menerima penyertaan yang sangat menggalakkan dari seluruh negara.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, setakat ini pihaknya menerima sebanyak 3,040 penyertaan bagi kesemua kategori yang dipertandingkan.

Katanya, penyertaan tersebut merupakan yang teramai berbanding tahun lalu dengan 1,029 peserta sahaja.

“Setakat ini paling banyak menerima penyertaan adalah kategori berpasangan melibatkan pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

“Ekoran itu, kita akan laksanakan saringan bagi kesemua kategori yang menerima penyertaan banyak dan peringkat akhir pertandingan ini akan diadakan pada tanggal 16 September 2023 bersempena Hari Malaysia” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sambutan Bulan Kebangsaan ke-66 di Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hee Sem berkata lima kategori yang dipertandingkan adalah Kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), Bukan Melayu dan Awam.

“Bagi kesemua lima kategori yang dipertandingkan, johan akan menerima wang tunai, piala iringan dan sijil penyertaan ,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1062
Kongsi :
Previous post Ketua Menteri rai sembilan bayi merdeka
Next post Syarikat swasta urus parkir Hospital Melaka tahun hadapan
Ubah saiz-+=