
Padah pukul isteri dengan kerusi, lelaki dipenjara lima bulan
KUALA LUMPUR, 7 Jun – Tindakan seorang lelaki memukul isterinya menggunakan kerusi membawa padah apabila dia dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhkan hukuman itu ke atas A. Ramasamy, 48, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan ke atas L. Suria Mala, 44, dengan memukul menggunakan kerusi di bahagian kepala mangsa di sebuah flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Taman Intan Baiduri Kepong pada 6 petang Sabtu lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum atau denda atau sebat.
Mahkamah memerintahkan bapa kepada empat anak itu menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap, 4 Jun lepas.
Terdahulu, Ramasamy yang bekerja dalam industri pembekalan makanan merayu hukuman penjara paling minimum memandangkan dia yang berpendapatan RM1,700 sebulan perlu menyara isteri serta empat orang anak.
Timbalan Pendakwa Raya Amalina Johar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK MAN IKRAR BANTU ‘BIRUKAN’ PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 17 Oktober - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berikrar mengetepikan perbezaan...
MeSRa: MELAKA PERKASA SYIAR ISLAM DI SEGENAP DIMENSI
AYER KEROH 17 Oktober - Agihan zakat berjumlah RM159.9 juta, bantuan fidyah kepada asnaf, peluasan pensijilan halal serta pembinaan lima...
EKOSISTEM MELAKA DIGITAL TERUS BERKEMBANG
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Bermula dengan Kampung Digital, ekosistem Melaka Digital akan terus diperluas kepada pelbagai aspek kehidupan rakyat...
JEREBU: MENARA TAMING SARI BEROPERASI SEPERTI BIASA
TELOK MAS 17 Oktober - Menara Taming Sari meneruskan operasi seperti biasa sepanjang musim jerebu, namun tahap jarak penglihatan akan...
HITS PERNAMA RINGANKAN BELANJA DAPUR KELUARGA TENTERA
SUNGAI UDANG 17 Oktober - Perbezaan harga lebih RM10 bagi sekampit beras mungkin kelihatan kecil, namun bagi Eva Shalyana Shahrom,...
TOK RAUF SAYANG, JAGA ABANG RIDER MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Atas dasar semangat sayangkan rakyat, kini satu persatu beban membelenggu pekerja gig khusus di Masjid...

