
Warga emas maut dalam kebakaran rumah kedai di Jonker Walk
BANDA HILIR 8 Jun – Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran membabitkan rumah kedai dua tingkat di Jonker Walk, di sini, malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran pada jam 9.37 malam.
Katanya, menurut laporan awal daripada orang awam dua mangsa terperangkap di tingkat atas bangunan rumah kedai berkenaan.
“Anggota operasi berjaya menemui seorang wanita Cina berusia 70-an dalam keadaan tidak sedarkan diri dan selepas pemeriksaan oleh pegawai perubatan mangsa disahkan sudah meninggal dunia.
“Kebakaran membabitkan dua pintu bangunan rumah kedai jenis sementara, hampir 80 peratus bangunan berkenaan musnah dijilat api,” katanya.
Beliau berkata, punca sebenar kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘SAYA PILIH SIAPA BERI MAS KAHWIN TERBAIK’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Ogos - Barisan Nasional (BN) Melaka belum memulakan sebarang rundingan dengan mana-mana pakatan politik bagi menghadapi Pilihan...
PROJEK SAKIT JKR MENURUN 4.13 PERATUS
SERI NEGERI 20 Ogos - Trend projek sakit di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) menunjukkan perkembangan positif apabila menurun...
31 OGOS: JOM JALAN-JALAN MELAKA, 13 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MENANTI
AYER KEROH 20 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Melaka lebih bermakna apabila orang ramai berpeluang menikmati kemasukan percuma...
11,037 KES MAHKAMAH SYARIAH MELAKA SELESAI, BUKTI KEADILAN SEMAKIN CEKAP
AYER KEROH 20 Ogos - Sebanyak 11,037 daripada 13,424 kes Mal (sivil) dan jenayah berjaya diselesaikan Mahkamah Syariah Negeri Melaka...
256 PROJEK INFRA RAKYAT MENDAHULUI JADUAL – AHMAD
SERI NEGERI 20 Ogos - Sebanyak 256 daripada 871 projek infrastruktur rakyat yang kini dalam pembinaan berada pada prestasi mendahului...
LIMA KENDURI RAKYAT WARNAI WRUR AYER LIMAU
AYER LIMAU 20 Ogos - Lima kenduri rakyat bakal menjadi antara pengisian utama Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...

