Padah tampar isteri, pemandu lori didakwa
AYER KEROH 8 Sept. – Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini hari ini atas dakwaan mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, minggu lalu.
Tertuduh, Mohd Fadzli Abdull Razak, 37, bagaimanapun tidak mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Teoh Shu Yee.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berusia 31 tahun dengan cara memukul bahagian pipi kanan menggunakan tangan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh dalam sebuah rumah di Jalan KJ19 Taman Krubong Jaya dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 3 September lalu.
Justeru, bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, mencadangkan
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Puteri Nor Nadia pada penghakimannya kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada 10 November ini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...