Sebahagian Jalan Merdeka diabadikan nama Jalan Tun Khalil Yaakob

Masa Membaca:58 Saat

BANDA HILIR 8 Sept. – Sebahagian Jalan Merdeka, di sini, telah diabadikan kepada nama Jalan Tun Khalil Yaakob, mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat rentetan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil 08/2020 yang telah bersidang pada 8 Julai lepas.

“Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menamakan semula sebahagian Jalan Merdeka kepada nama baharu iaitu Jalan Tun Khalil Yaakob.

“Keputusan ini di buat bagi tujuan memperingati segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan Tuan Yang Terutama Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka keenam yang banyak memberikan cetusan idea yang bernas terutamanya di kawasan Tapak Warisan Dunia.

“Bagi tujuan pemuliharaan dan pemugaran kawasan konservasi Bandaraya Melaka Bersejarah sepanjang khidmat beliau selama 16 tahun mulai 1 Jun 2004 sehingga 4 Jun 2020,” kata kenyataan itu.

Sebanyak tiga unit papan tanda telah dipasang di kawasan berkenaan iaitu di di bersebelahan bulatan Menara Jam Bangunan Merah di Jalan Kota.

Selain itu, papan tanda sama juga dipadang di hadapan Menara Taming Sari dan di hadapan bangunan kompleks beli-belah Dataran Pahlawan Melaka.

Difahamkan, papan tanda ini telah siap dipasang sepenuhnya pada 11 Ogos 2020 yang lalu.

Views:

1401
Kongsi :
Previous post Padah tampar isteri, pemandu lori didakwa
Next post Amalan membaca bantu kemajuan negara
Ubah saiz-+=